RAFAEL Nadal menolak cadangan laluannya dalam saingan Terbuka Perancis adalah mudah, menegaskan setiap hari merupakan "ujian besar" buatnya.
Juara bertahan itu menempah slot ke suku akhir Roland Garros dengan kemenangan ke atas Maximilian Marterer pada Isnin, meneruskan rentak kemenangan straight-set dalam kejohanan itu tahun ini.
Tetapi Nadal - yang berada dalam landasan untuk menjulang kejuaraan buat kali ke-11, tidak menghirau lawan yang perlu ditentang dalam kejohanan kali ini, selepas diberikan tentangan sengit daripada Marterer.
"Ujian besar saya adalah setiap hari. Ini merupakan ujian yang penting," katanya. "Saya berada dalam suku akhir, ujian terbesar saya adalah pusingan seterusnya.
"Saya cuba mengharungi perlawanan demi perlawanan. Saya mahu memastikan permainan terbaik dapat ditampilkan.
"Ia adalah sasaran saya dan mengetahui ia mampu dilakukan.
"Setiap hari, anda turun ke gelanggang. Anda mampu menang; anda mungkin tewas.
Wakil kelahiran Sepanyol itu menolak perbincangan mengenai lawannya dalam suku akhir, Diego Schwartzman, Nadal menjangka ia adalah perlawanan yang sukar.
"Schwartzman adalah pemain ke-12 dunia. Ia merupakan perlawanan berdepan seorang pemain terbaik dunia hari ini, saya menjangkakan aksi sengit."
Astro Arena
Mon Jun 04 2018
Rafael Nadal meraikan kejayaan selepas memenangi pusingan kedua menentang Guido Pella dari Argentina di Roland Garros, Paris, 31 Mei, 2018. REUTERS
'Keganasan bola sepak': Modus operandi serangan digunakan serupa - PDRM
Modus operandi yang digunakan dalam serangan terhadap tiga pemain bola sepak kebangsaan iaitu Faisal Halim, Akhyar Rashid dan Safiq Rahim adalah serupa.
Majlis Ulama Asia main peranan penting pupuk kesederhanaan - Ahmad Zahid
Majlis itu secara aktif menentang ideologi ekstremis, di samping memupuk perpaduan sosial melalui dialog dan kerjasama dalam kalangan pelbagai kumpulan.
Pokok tumbang: Perkhidmatan monorel kembali beroperasi
Kerja-kerja pembersihan dan baikpulih yang dijalankan dengan DBKL telah berjaya diselesaikan pada jam 5.55 pagi tadi.
JDT gesa PDRM segera siasat insiden serangan ke atas pemain
Pasukan JDT turut menzahirkan kerisauan berkaitan keselamatan pemain susulan serangan yang berlaku berhampiran pusat latihan kelab itu.
Imigresen Kelantan proses 15,000 pas sempadan setiap bulan
Permohonan itu dibuat di tiga Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sempadan Malaysia-Thailand iaitu di Rantau Panjang, Pengkalan Kubor dan Bukit Bunga.
Faisal dijangka lalui prosedur graf kulit minggu ini - Ketua Perubatan Sukan SFC
Dr Muhammad Hazwan Khair berkata ia sebahagian daripada prosedur untuk membantu dan mempercepatkan pemulihan kulit.
Pelantikan Pengerusi SPA diputuskan selepas mesyuarat Majlis Raja-Raja - Mohd Zuki
Jawatan itu kosong hampir 10 bulan selepas Tan Sri Zainal Rahim Seman menamatkan perkhidmatan beliau pada 24 Julai 2023.
Ahli perniagaan dipenjara empat tahun tipu pengurus undang-undang Jakel, babit kerugian RM400,000
Keputusan dibuat selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes Mohamed Noor Mohamed Amin, di akhir kes pembelaan.
AWANI Ringkas: Kos rawatan Faisal Halim ditanggung
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serangan ke atas Safiq Rahim tiada kaitan insiden babit dua pemain kebangsaan - Polis Johor
Orang ramai diminta memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan termasuk meneliti kamera litar tertutup berdekatan lokasi kejadian.
Mudah? Setiap hari adalah ujian - Nadal
Juara bertahan itu menempah slot ke suku akhir Roland Garros dengan kemenangan ke atas Maximilian Marterer pada Isnin, meneruskan rentak kemenangan straight-set dalam kejohanan itu tahun ini.