awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan komited laksanakan reformasi institusi tahun ini - Azalina
Malaysia terus perjuang hak kedaulatan semua negara yang pernah dijajah - PM Anwar
Cuba sahkan 32 pegawai tentera terbunuh dalam serangan AS ke atas Venezuela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhammad Faiz Haizat raih emas di Dubai

Bernama
Bernama
15/02/2024
05:29 MYT
Muhammad Faiz Haizat raih emas di Dubai
Pemenang pingat perak Sukan Para Asean 2022 itu muncul juara acara 400 meter (m) T38 (kecacatan intelektual) apabila mencatatkan 56.84 saat. -FB Majlis Sukan Negara
KUALA LUMPUR: Atlet olahraga para negara Muhammad Faiz Haizat Rosdi meraih pingat emas di Kejohanan Grand Prix (GP) Olahraga Para Dunia 2024 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam.
Pemenang pingat perak Sukan Para Asean 2022 itu muncul juara acara 400 meter (m) T38 (kecacatan intelektual) apabila mencatatkan 56.84 saat (s) meninggalkan pesaing lain pada kejohanan berkenaan.
Pingat perak dan gangsa masing-masing menjadi milik Andreas Beros dari Cyprus (58.14s) dan Antonio Kosmat dari Croatia (59.46s).
Dalam pada itu, Muhammad Ammar Aiman Nor Azmi turut menceriakan kem olahraga negara selepas meraih pingat perak bagi acara 400m T20 (kecacatan intelektual), dengan catatan masa 50.16s.
Emas acara itu dirangkul Yovanni Philippe dari Mauritius (49.84s) manakala gangsa diraih Columba Blango dari Britain (50.52s).
Sementara itu, atlet elit olahraga Eddy Barnard turut meraih kedudukan podium di kejohanan tersebut dengan meraih gangsa acara lompat jauh (T42/T44/T61), mencatatkan lompatan sejauh 6.42m.
Wakil Sri Lanka Indika Gamage meraih emas (6.62m) manakala wakil Rusia Dzmitry Bartashevich merangkul perak (6.50m).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muhammad Faiz Haizat Rosdi
#Kejohanan Grand Prix GP Olahraga Para Dunia 2024
#acara 400m T20
#kecacatan intelektual
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan