SUKAN
Muhammad Fuad tewas 0-3 dengan peninju Wales
Williams (kiri) berlawan Muhammad Fuad di Glasgow, Scotland pada Rabu, 30 Julai. AP Photo/Peter Byrne
Peninju negara, Muhammad Fuad Mohd Redzuan terpaksa akur dengan ketangkasan peninju Wales, Ashley Williams dalam perlawanan suku akhir acara 46-49kg Light Flyweight.
Walaupun tewas 0-3, Muhamad Fuad tetap memberi tentangan sengit kepada pencabarnya itu biarpun keputusan pengadil memihak kepada Williams dalam ketiga-tiga pusingan di Scottish Exhibition and Conference Centre Precint.
Beliau tewas 28-29, masing-masing dalam pusingan pertama dan kedua dan disusuli dengan keputusan 27-30 pada pusingan terakhir.