KUALA LUMPUR: Atlet lompat kijang kebangsaan Muhammad Hakimi Ismail, terpaksa berehat lebih tiga bulan selepas menjalani pembedahan di bahagian tumit kaki kirinya di sebuah hospital swasta pada Jumaat lepas.
Atlet berusia 30 tahun, yang juga merupakan juara bertahan Sukan SEA, dijangka tidak dapat menyertai edisi Hanoi 2021 pada Mei depan, kerana berkemungkinan besar tidak dapat beraksi dalam kejohanan kelayakan dalam tempoh pemulihan itu.
Pemenang pingat emas Sukan SEA tiga kali berturut-turut sejak 2015 itu, berkata beliau telah menanggung kecederaan berkenaan selama empat tahun, yang menjadi lebih parah tahun ini.
"Menurut doktor, pemulihan tumit saya untuk menjalankan latihan lompatan akan mengambil masa tiga bulan atau lebih bergantung kepada keadaan saya, jadi saya harus menjalani proses pemulihan ini dengan sebaik mungkin.
"Namun begitu, saya berasa amat lega menjalani prosedur pembedahan ini sebab saya boleh mencapai tahap yang lebih tinggi dalam latihan saya, namun saya harus berhati-hati dan sentiasa sedar akan risiko kecederaan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Muhammad Hakimi berkata, dengan peluang menyertai Sukan SEA di Vietnam dilihat tipis, beliau menyasarkan untuk melayakkan diri ke Sukan Komanwel Birmingham 2022 bermula 28 Julai hingga 8 Ogos dan Sukan Asia Hangzhou, China bermula 10-25 Sept depan.
"Saya sasarkan Sukan Asia dan Sukan Komanwel tahun depan setelah tumit saya sembuh sepenuhnya, supaya prestasi saya tidak dihindari oleh isu kecederaan," jelasnya.
Muhammad Hakimi juga pernah meraih perak Sukan SEA 2013, selain meraih kedudukan keenam pada Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan dan kedudukan ketujuh Sukan Asia 2018 di Jakarta-Palembang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 23 2021
Pemenang pingat emas Sukan SEA tiga kali berturut-turut sejak 2015 itu, berkata beliau telah menanggung kecederaan berkenaan selama empat tahun, yang menjadi lebih parah tahun ini. - Bernama
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Bergelar ibu, Peleteiro dapat kekuatan untuk buru emas Olimpik
Atlet berusia 28 tahun yang memenangi gelaran Eropah di Rome baru-baru ini, kembali cergas selepas melahirkan anak pada 2022.
Lima kejohanan penentu nasib Andre Anura ke Paris 2024
Atlet lompat kijang negara, Andre Anura Anuar perlu memburu lompatan terbaik dalam lima kejohanan disertai bagi menghidupkan ke Sukan Olimpik 2024 Paris.
Andre Anura idam pecah rekod peribadi tahun ini
Andre Anura kini giat berlatih selain akan ke Jerman pada 10 Jun ini untuk latihan dan perlawanan persahabatan sebagai persediaan awal.
Sukan SEA: Andre tetap pertahan emas biarpun baru pulih kecederaan
Andre berjaya melakukan catatan sejauh 16.06 meter (m) pada percubaan kelima, sekali gus mengesahkan emas kedua berturut-turutnya dalam acara berkenaan.
Muhammad Hakimi perlu berehat lebih tiga bulan selepas pembedahan tumit
Atlet yang merupakan juara bertahan Sukan SEA itu dijangka tidak dapat menyertai edisi Hanoi 2021 pada Mei depan.