awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu rumah ibadat, protes GARAH perlu ditangani berteraskan semangat perpaduan - Aaron
Lelaki dan wanita ditemui meninggal dunia di rumah, dipercayai lebih seminggu
Peranan Malaysia bantu konflik Thailand-Kemboja antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhammad Sanusi nafi lepas tangan terhadap KDA FC

Bernama
Bernama
08/09/2024
09:27 MYT
Muhammad Sanusi nafi lepas tangan terhadap KDA FC
Muhammad Sanusi berkata bagi perkara berkaitan pengurusan pasukan, syarikat terbabit perlulah mengusahakan sendiri untuk mendapatkan dana. - Gambar fail
SUNGAI PETANI: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menafikan pihaknya mengambil sikap lepas tangan terhadap pasukan bola sepak Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang kini didakwa sedang menghadapi masalah kewangan.
Muhammad Sanusi yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berkata sebelum ini persatuan itu telah membantu pasukan terbabit untuk mendapatkan Lesen Kebangsaan bagi melayakkan ia bertanding dalam saingan Liga Super.
"Bukan saya tak mahu ambil tahu, ia bukan urusan yang patut saya utamakan kerana ia telah diswastakan. Dulu masa KFA yang kendalikan, kita usaha untuk dapatkan tajaan.
"Tahun ini pun, walaupun ia telah menjadi swasta, kita bagi sumbangan melalui KFA, bayar untuk keperluan dapatkan lesen, tahun ini sahaja RM2 juta, jangan kata MB (Menteri Besar) buat tak tahu," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan penutupan Festival Insan Sejahtera di sini hari ini.
Muhammad Sanusi berkata bagi perkara berkaitan pengurusan pasukan, syarikat terbabit perlulah mengusahakan sendiri untuk mendapatkan dana.
"Ada warga siber saya tengok kata kat saya macam-macam pasal bola sepak, depa (mereka) tak faham kot, pasukan bola sepak telah diswastakan, bukan pasukan di bawah persatuan bola sepak negeri atau mewakili kerajaan negeri, tapi kita sokong setakat yang kita boleh.
"Ada tajaan oleh anak syarikat-anak syarikat kerajaan negeri masih berjalan, tapi tak mampu," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan pemain KDA FC memboikot sesi latihan ekoran dakwaan tidak menerima bayaran gaji sejak beberapa bulan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muhammad Sanusi Md Nor
#lepas tangan
#KDA FC
#masalah kewangan
#KFA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan