KUALA LUMPUR: Bekas penerjun negara, Datuk Leong Mun Yee berharap dapat melahirkan juara Sukan Olimpik pada masa depan menerusi penubuhan akademinya, "DLMY x DSA" (DSwim Academy) hari ini.
Mun Yee, yang teruja dapat merealisasikan impian menubuhkan akademi tersebut, berkata tidak mustahil baginya membentuk juara pada temasya sukan terbesar itu kerana atlet sukan terjun sememangnya perlu dibentuk sejak dari kecil lagi.
"Penubuhan akademi ini secara tidak langsung dapat dijadikan sebagai platform pencarian bakat bagi peringkat umur lima hingga 12 tahun. Saya juga mengalu-alukan sesiapa yang berumur 12 tahun ke atas untuk menyertainya dan lebih baik lagi jika mereka ada latar belakang sukan gimnastik, trampolin mahupun balet.
"Diharapkan lebih ramai penerjun muda dapat dilahirkan, seterusnya memastikan sukan terjun lebih maju pada masa depan dan menyumbang emas pertama negara dalam Sukan Olimpik," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran akademi "DLMY x DSA" oleh Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil di sini.
Pencapaian tertinggi skuad terjun negara pada Sukan Olimpik meraih pingat perak pada edisi Rio 2016 di Brazil menerusi gandingan ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong dalam acara 10 meter platform seirama wanita.
Dalam pada itu, Olimpian negara sebanyak lima kali itu turut berterima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara, Perbadanan Stadium Malaysia serta DSA atas sokongan diberikan dalam usahanya mencungkil bakat baharu sukan terjun menerusi akademi itu.
Ditanya bagaimana membahagikan masa di akademi dan tugasnya sebagai pembantu jurulatih skuad negara, Mun Yee berkata beliau akan memastikan segala program yang diaturnya di akademi itu berjalan lancar kerana tugas melatih peserta dikendalikan bekas jurulatih negara, Agnus Wong dan jurulatih skuad pelapis kebangsaan, Richard Carlyse.
Sementara itu, Hannah berharap lebih ramai ibu bapa mengambil inisiatif menghantar anak mereka ke akademi 'DLMY x DSA' kerana Malaysia berpotensi melahirkan bintang terjun pada masa akan datang.
"Dengan adanya program terjun ini ia akan melengkapkan latihan di DSA kerana mereka juga mempunyai program renang, jadi kepada kanak-kanak yang tahu berenang mereka boleh sertai juga akademi ini," katanya.
Terdapat dua kelas ditawarkan oleh akademi itu, iaitu kelas permulaan serta pertengahan dan ke atas dengan pendaftaran sebanyak RM120 manakala yuran bulanan pula RM630 sebulan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 08 2023

Mun Yee berkata tidak mustahil baginya membentuk juara pada temasya sukan terbesar itu kerana atlet sukan terjun sememangnya perlu dibentuk sejak dari kecil. - Gambar/ Bernama

Sultan Nazrin berkenan sampai anugerah cemerlang Universiti Malaya
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang juga Canselor Universiti Malaya (UM) berkenan menyampaikan anugerah kepada warga UM dan badan korporat pada majlis ACUM 2024 di sini hari ini.

Jelajah 'Kita Keadilan' platform untuk penyatuan, perkukuh PKR - Fuziah
Siri Jelajah "Kita KEADILAN" yang berakhir pada Ahad di Sarawak, berfungsi sebagai platform untuk menyatupadukan dan mengukuh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

DUN Sarawak lulus RUU Kanun Tanah (Pindaan) 2025
RUU Kanun Tanah (Pindaan) 2025 yang dibentangkan pada Persidangan DUN Sarawak hari ini bertujuan menyediakan mekanisme rasmi bagi pendaftaran tanah wakaf dalam rekod daftar tanah.
Agenda AWANI: Operasi 'Gideon's Chariots' | Israel Gempur Gaza!
Bumi Gaza terus bermandi darah dengan serangan terbaharu Israel menerusi operasi ‘Gideon’s Chariots’ melalui jalan darat. Apa pula alasan dan ‘muslihat’ terbaharu di sebalik serangan Zionis kali ini? Diskusi 9 malam

Warga emas disaran dapatkan vaksin influenza secara percuma di fasiliti kesihatan terpilih
Warga emas yang mempunyai sekurang-kurangnya satu penyakit komorbid atau kronik disaran mendapatkan vaksin influenza secara percuma menerusi program Imunisasi Influenza Warga Emas di fasiliti kesihata
![[KOLUMNIS] Keberanian PKR dalam mencorakkan masa depan politik [KOLUMNIS] Keberanian PKR dalam mencorakkan masa depan politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-05/51747733247_tbperhimpunanPKR.jpg)
[KOLUMNIS] Keberanian PKR dalam mencorakkan masa depan politik
KEBERANIAN PKR DALAM MENCORAKKAN MASA DEPAN POLITIK

Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO wajib dipertandingkan - Syed Rosli Jamalullail
UMNO Cawangan Pandan Tengah menegaskan, jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti wajib dipertandingkan pada Pemilihan UMNO 2026 nanti.

Kira-kira 100 trak bantuan dilulus masuk ke Gaza - Pejabat Kemanusiaan PBB
Jurucakap OCHA Jens Laerke berkata pihaknya telah memohon dan menerima kelulusan untuk lebih banyak trak masuk hari ini.

Imam jatuh bot ketika memancing ditemukan lemas
Mangsa ditemukan pada 12 tengah hari oleh anggota PPDA pada jarak 100 meter dari lokasi dia dilaporkan jatuh.

Indonesia pantau lonjakan kes COVID-19 di Asia, situasi domestik terkawal
Peningkatan kes berlaku seiring peningkatan mobiliti awam, dengan ramai rakyat Indonesia ke luar negara bagi menghadiri acara antarabangsa.

Penerjun perlu terus gandakan usaha capai prestasi optimum
Selepas melakar pencapaian memberangsangkan di Sukan Asia Hangzhou 2022, skuad terjun negara perlu bersiap sedia dari segi mental dan fizikal untuk mengharungi musim yang penuh mencabar tahun depan.

Mun Yee tubuh akademi terjun, mahu lahirkan juara Olimpik
Bekas penerjun negara, Datuk Leong Mun Yee berharap dapat melahirkan juara Sukan Olimpik pada masa depan menerusi penubuhan akademinya, "DLMY x DSA" (DSwim Academy) hari ini.

Sukan SEA: Cabaran berat menanti skuad terjun wanita - Mun Yee
Ketiadaan Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri boleh meletakkan Malaysia dalam situasi sukar.

Piala Dunia Terjun FINA: Persiapan singkat punca penerjun negara gagal menyerlah
Malaysia menghantar tiga wakil dalam kejohanan itu tetapi terpaksa akur pulang dengan tangan kosong.

Terjun: Mun Yee jadi orang kanan Li Rui
Satu lagi berita baik menanti bekas ratu terjun negara Datuk Leong Mun Yee, selepas beliau dianugerahkan pingat membawa gelaran Datuk, baru-baru ini.

Masih ada tugas belum selesai buat Mun Yee bersama MS
Mun Yee akan bersama MS bagi membantu penerjun muda di Bukit Jalil bermula minggu hadapan.

Tidak mustahil Dhabitah bersaing acara 10m platform di Paris 2024 - Bryan
Nur Dhabitah Sabri merupakan antara calon yang boleh dipertimbangkan bagi mengisi kelompongan ditinggalkan Leong Mun Yee.

Olimpik Tokyo: Harapan raih pingat pertama tidak kesampaian, ini rangkuman kontinjen Malaysia hari ini
Suasana mengecewakan menyelubungi kontinjen Malaysia pada hari kelima temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Olimpik Tokyo: 'Kami sudah lakukan yang terbaik' - Pandelela
"Kami sudah melakukan yang terbaik," demikian reaksi ratu terjun negara Pandelela Rinong selepas tamat acara 10 meter platform seirama wanita Sukan Olimpik Tokyo di Pusat Akuatik Tokyo, hari ini.

Olimpik Tokyo: Pandelela-Mun Yee gagal butir pingat pertama negara
Meskipun cemerlang memulakan dua terjunan pertama, kesilapan besar mereka dalam baki tiga terjunan selepas itu mengundang padah.