SUKAN
Munoz intai debut cemerlang, JDT sedia gegar Selangor FC
Xisco Munoz yang bakal membuat penampilan sulung bersama Harimau Selatan yakin anak buahnya berada dalam keadaan terbaik. - Bernama
ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta'zim (JDT) bersedia membuka tirai saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2025/2026 dengan penuh bergaya apabila turun mempertahankan kejuaraan Piala Sumbangsih menentang Selangor FC di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, malam esok.
Pengendali baharu skuad Harimau Selatan, Xisco Munoz yang bakal membuat penampilan sulung bersama pasukan itu, yakin anak buahnya berada dalam keadaan terbaik dari segi mental dan taktikal hasil persiapan rapi sepanjang pramusim di Sepanyol.
Menurut jurulatih berusia 44 tahun dari Sepanyol itu, pemilik kelab Tunku Mahkota Ismail turut memainkan peranan penting dalam melancarkan segala persiapan menjelang aksi sulung musim ini.
"Paling penting, kita perlu faham bahawa ini adalah aksi pertama di laman sendiri. Kami perlu cipta keserasian bersama penyokong, kekal dengan identiti permainan dan berikan segalanya.
"Saya percaya kami berada di landasan yang betul. Kami lalui pramusim yang sangat baik, walaupun masih banyak aspek perlu diperbaiki," katanya pada sidang media praperlawanan, di sini, hari ini.
JDT menjalani aksi pramusim yang memberangsangkan di Sepanyol apabila mencatat keputusan seri menentang pasukan Levante UD serta kelab Liga Satu Inggeris, Cardiff City.
Sementara itu, kapten JDT Natxo Insa turut mengakui pengalaman ketika pramusim memberi suntikan positif buat skuad juara Liga Super 11 musim berturut-turut itu dalam misi mempertahankan kejuaraan.
"Kami lalui pramusim yang sangat berkualiti di Sepanyol, menentang beberapa pasukan yang kuat. Esok, kami akan berikan segalanya kerana kami sedar betapa pentingnya permulaan musim yang baik.
"Semangat dan tenaga yang kami tonjolkan sepanjang pramusim perlu dibawa ke dalam perlawanan," kata pemain tengah berusia 39 tahun itu.
JDT sudah sembilan kali menjulang trofi pembuka tirai itu, termasuk tujuh musim berturut-turut dari 2018 hingga 2024.
Pertembungan JDT dan Selangor kali ini juga dianggap sebagai aksi 'dendam tertangguh' selepas pertemuan edisi lepas terpaksa dibatalkan susulan penarikan diri Selangor pada saat akhir.
Ketika itu, skuad Gergasi Merah terpaksa menarik diri susulan insiden jenayah yang menimpa beberapa pemain mereka, termasuk insiden serangan asid ke atas Faisal Halim pada 5 Mei tahun lepas.
Susulan itu, JDT diisytiharkan menang 3-0 secara 'menang percuma' dan memperoleh tiga mata Liga Super.
-- BERNAMA