SUKAN
Munoz kagum intensiti tinggi JDT walau diikat Shanghai Port
Munoz ketika sidang media selepas menentang Shanghai Port FC pada Perlawanan Peringkat Liga Zon Timur Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2025-2026 di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi. --fotoBERNAMA
ISKANDAR PUTERI: Ketua jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT) Xisco Munoz bangga dengan prestasi anak buahnya walaupun diikat seri tanpa jaringan oleh Shanghai Port dalam saingan Liga Juara-Juara AFC Elite (ACL Elite) 2025/26 di Stadium Sultan Ibrahim di sini malam tadi.
Ringkasan AI
Beliau berkata Harimau Selatan bermain dengan intensiti tinggi dari minit pertama hingga minit terakhir, sekali gus mempamerkan nilai serta identiti sebenar JDT.
"Terima kasih kepada pemain. Mereka mengawal perlawanan, bermain dengan sangat baik dan mencipta banyak peluang. Setiap minit kami menunjukkan peningkatan dan dalam fikiran hanyalah untuk menang, tetapi yang paling penting terus berusaha," katanya pada sidang media selepas perlawanan.
Ditanya sama ada 'nasib' memainkan peranan, Munoz berkata beliau tidak mempercayai perkara itu, sambil menambah pasukannya telah menterjemahkan taktikal yang dirancang untuk aksi malam ini dengan hampir sempurna.
"Ia memang luar biasa. Pemain JDT sentiasa memberikan tekanan dan ia dilakukan dengan sangat baik. Kami kerap merampas bola di kawasan lawan. Pada babak pertama, mereka hanya dapat lepas masuk (ke kawasan JDT) dua kali ketika transisi (serangan kepada bertahan) dan tindakan individu kerana pemain sayap serta bek mereka sangat pantas," katanya.
Sementara itu, ketua jurulatih Shanghai Port FC Kevin Muscat berkata satu mata yang diraih malam tadi amat bermakna memandangkan pasukannya bergelut dengan masalah kecederaan dan isu kesihatan pemain.
Beliau berkata ramai pemain tidak cergas, ada yang cedera sebelum dan semasa perlawanan, manakala beberapa lagi tidak dapat diturunkan.
"Sebelum sepak mula, skuad tidak berada dalam keadaan ideal, namun prestasi yang dipamerkan membuktikan semangat juang pasukan masih kuat. Mereka bangkit sebagai satu pasukan dan berjuang tanpa henti, saya bangga dengan mereka," katanya.
Muscat turut memuji penjaga gol Red Eagles Chen Wei yang dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan selepas mempamerkan aksi yang mantap dan berkualiti tinggi.
"Chen Wei sangat cemerlang. JDT mencipta lebih banyak peluang, tetapi saya berpuas hati dengan cara kami menutup ruang dan kekal fokus sehingga wisel penamat," katanya.
Sementara itu, Chen Wei berkata prestasi baiknya malam tadi bukan semata-mata disebabkan oleh keyakinan, tetapi hasil daripada latihan intensif.
"Saya berterima kasih kepada jurulatih. Sesi latihan kami sangat berintensiti tinggi dan ia membantu pasukan tampil pada tahap terbaik," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Ketua jurulatih JDT, Xisco Munoz, bangga dengan prestasi pasukannya walaupun seri tanpa jaringan dengan Shanghai Port dalam ACL Elite 2025/26.
- Munoz menyoroti intensiti tinggi pasukannya sepanjang perlawanan, mengakui peningkatan dalam permainan dan fokus untuk menang.
- Ketua jurulatih Shanghai Port FC, Kevin Muscat, menghargai satu mata yang diraih, memuji semangat juang pasukannya walaupun berhadapan dengan masalah kecederaan.