SUKAN
Munoz puji komitmen pemain JDT menang perlawanan sumbangsih
Munoz berkata pendekatan positif sejak awal permainan membolehkan skuad Harimau Selatan melaksanakan taktikal dengan baik bagi menyekat gerakan lawan selain meraih gol awal. - Foto fail/BERNAMA
ISKANDAR PUTERI: Ketua Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Xisco Munoz, memuji sikap serta komitmen tinggi dipamerkan anak buahnya apabila menundukkan seteru utama, Selangor FC, 3-0 dalam perlawanan Sumbangsih yang juga pembuka tirai saingan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam tadi.
Pengendali dari Sepanyol itu berkata pendekatan positif sejak awal permainan membolehkan skuad Harimau Selatan melaksanakan taktikal dengan baik bagi menyekat gerakan lawan selain meraih gol awal.
Katanya, biarpun Selangor cuba bangkit khususnya pada babak kedua, disiplin dan fokus pemain menjadi kunci mengekalkan intensiti hingga memastikan kemenangan.
"Saya rasa pada separuh masa pertama, pasukan bermula dengan sangat baik, mengawal perlawanan dan jaringan pada minit pertama amat penting untuk kami.
"Pada babak kedua, kami melakukan beberapa pertukaran bagi menambah keseimbangan, namun secara keseluruhan, tahniah kepada pemain kerana mereka berikan segalanya. Saya gembira kerana tahu betapa kerasnya mereka bekerja sepanjang pramusim. Kami hanya perlu teruskan kerja keras ini," katanya pada sidang media selepas perlawanan.
Dalam aksi malam tadi, tiga gol JDT dijaringkan penyerang baharu, Jairo Da Silva, pada minit pertama, diikuti pertahanan Eddy Israfilov (m-64) dan pemain lincah, Arif Aiman Mohd Hanapi (m-73).
Kejayaan itu menyaksikan JDT menjulang Piala Sultan Haji Ahmad Shah buat kali ke-10 sejak pertama kali melakukannya pada 2015.
Sementara itu, ketua jurulatih Selangor FC Katsuhito Kinoshi kecewa dengan kekalahan tersebut, sambil mengakui jaringan awal lawan menjejaskan perancangan permainan pasukannya.
Jurulatih dari Jepun itu berkata menentang pasukan kuat seperti JDT, kesilapan mudah pasti dihukum.
"Gol pertama memusnahkan perancangan kami, namun kami sepatutnya bersedia sejak minit pertama. Dalam tempoh satu hingga dua minit awal, pemain hilang tumpuan dan kami dibolosi.
"Kami perlu perbaiki perkara ini kerana jika kekal begini, kami tidak akan jadi pemenang.
"Kami mesti fokus dari awal hingga akhir. JDT pasukan yang sangat baik dan mereka menghukum kami apabila hilang tumpuan, itulah bola sepak," katanya.
-- BERNAMA