awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas Menteri Agama Indonesia dinamakan suspek kes rasuah kuota haji
BN tidak ambil mudah saingan PRK Kinabatangan, Lamag - Ahmad Maslan
Haba lautan dunia cecah rekod tertinggi pada 2025 - Analisis saintis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NAAM cadang anjur dua kejohanan kebangsaan tahun ini

Bernama
Bernama
11/08/2020
21:59 MYT
NAAM cadang anjur dua kejohanan kebangsaan tahun ini
Sekiranya pandemik COVID-19 kembali reda, atlet kebangsaan akan menyertai sekurang-kurangnya tiga acara antarabangsa tahun depan. - Gambar hiasan
Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) merancang menganjurkan Kejohanan Kebangsaan dan Kejohanan Remaja Kebangsaan dalam tempoh terdekat, selepas 'sepi' tanpa sebarang kejohanan tahun ini ekoran pandemik COVID-19.
Presiden NAAM, Datuk Abdul Hamid Hasan berkata Kejohanan Remaja Kebangsaan dijangka diadakan pada November, manakala Kejohanan Kebangsaan dijadual pada Disember, namun venue bagi kedua-dua acara itu belum diputuskan.
"Tahun 2020 memang tidak ada aktiviti langsung dan hanya dua kejohanan dibenarkan untuk tahun ini. Jadi ini platform terbaik untuk menguji prestasi atlet. Namun lokasi kejohanan masih dalam perbincangan, kemungkinan tidak akan keluar dari kawasan Lembah Klang kerana semua kemudahan ada di sini.
"Satu lagi venue, mungkin di lapangan memanah di Johor, iaitu venue untuk Sukan Malaysia (Sukma) tahun depan," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Majlis Sukan Negara (MSN), di sini, pada Selasa.
Mengulas lanjut mengenai kejohanan antarabangsa yang bakal disertai pemanah negara, Abdul Hamid berkata sekiranya pandemik COVID-19 kembali reda, atlet kebangsaan akan menyertai sekurang-kurangnya tiga acara antarabangsa tahun depan.
Jelasnya, antara kejohanan yang akan disertai ialah Piala Asia di Bangkok, pada bulan Mac, Piala Dunia di Shanghai, China (Mei) serta kejohanan kelayakan Sukan Olimpik (Tokyo 2020) iaitu Kejohanan Dunia di Paris pada bulan Jun.
"Untuk Sukan Olimpik, kita sasar untuk raih pingat. Sekarang Sukan Olimpik telah ditunda ke tahun depan, ia memberi ruang dan lebih masa untuk pemanah negara buat latihan sebagai persediaan ke kejohanan kelayakan itu nanti," katanya.
Setakat ini, hanya Khairul Anuar Muhamad berjaya menempah slot ke Sukan Olimpik Tokyo selepas mara ke saingan akhir Kejohanan Dunia di Belanda pada Jun tahun lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Hamid Hasan
#atlet
#COVID-19
#kejohanan antarabangsa
#Kejohanan Kebangsaan
#Kejohanan Remaja Kebangsaan
#Lembah Klang
#Majlis Sukan Negara
#memanah
#MSN
#NAAM
#Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia
#prestasi
#sukan
#Sukan Olimpik
#venue
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan