awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nafiizwan yakin berdepan Beng Hee

Astro Awani
Astro Awani
11/09/2013
06:15 MYT
Nafiizwan yakin berdepan Beng Hee
Pemain Skuasy Kebangsaan, Nafiizwan Adnan yakin untuk berdepan pemain senior negara Ong Beng Hee pada pusingan pertama dalam mencapai sasaran separuh akhir kejohanan yang akan bermula, Khamis ini.
Nafiizwan yang diundi menentang Beng Hee seawal pusingan pertama dilihat berdepan aksi sukar memandangkan rekod pertemuan terakhir kedua-dua pemain memihak pemain pengalaman negara itu.
Dalam perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Kebangsaan awal bulan ini, Nafiizwan tewas kepada Beng Hee 11-7, 11-9, 8-11, 9-11, 11-6.
Namun, buat pemain kelahiran Terengganu itu kekalahan tersebut tidak meluntur semangatnya malah kini bertambah yakin untuk beraksi berdepan mana-mana pemain.
Untuk rekod, Nafiizwan yang juga pemain nombor dua negara berjaya menempatkan diri di suku akhir pada saingan tahun lalu sebelum tumpas kepada juara kejohanan Tarek Momen dari Mesir.
Ia dilihat medan terbaik buat juara terbuka Ireland ini untuk memperbaiki pencapaian itu namun perlu memastikan kemenangan ke atas Beng hee pada Khamis.
Topic Berkaitan
#nafiizwan adnan
#ong beng hee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan