awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nafuzi bangga komitmen pemain bawa TFC ke suku akhir Piala Malaysia

Bernama
Bernama
08/11/2020
01:39 MYT
Nafuzi bangga komitmen pemain bawa TFC ke suku akhir Piala Malaysia
NAFUZI: Alhamdulillah pemain saya benar-benar fokus, disiplin serta betul-betul gunakan peluang yang ada dan saya bangga dengan mereka. - Foto Facebook footballclubterengganu
KUALA NERUS:Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain memberi sepenuh pujian kepada pemain atas kejayaan skuad Penyu mara ke peringkat suku akhir Piala Malaysia untuk berdepan Perak.
Nafuzi berkata beliau berbangga dengan semangat juang serta disiplin tinggi yang ditunjukkan anak buahnya hingga berjaya menundukkan Petaling Jaya City FC (PJ City FC) yang diakui sebagai lawan sukar kerana memiliki barisan pemain pantas dan berkelebihan daripada segi fizikal.
"Alhamdulillah pemain saya benar-benar fokus, disiplin serta betul-betul gunakan peluang yang ada dan saya bangga dengan mereka.
"Selepas tiga minggu berehat (dari perlawanan terakhir Liga Super), untuk kami kembali bermain dan mendapatkan kembali momentum sebenarnya agak sukar," katanya ketika sidang media selepas perlawanan pusingan pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam tadi.
TFC menjadi satu-satunya pasukan dari Pantai Timur yang berjaya melangkah ke suku akhir Piala Malaysia selepas menewaskan PJ City FC 1-0 menerusi jaringan pemain import Sanjar Shaakhmedov pada minit ke-36.-- LAGI
Sementara itu, pengendali skuad The Phoenix, K. Devan mengakui kecewa kerana gagal ke suku akhir selepas melakukan persiapan rapi sebelum bertandang ke Terengganu.
Katanya, keadaan padang basah menyebabkan pemain tidak dapat mempamer corak permainan pantas seperti dirancang sekali gus dimanfaatkan oleh pihak lawan.
"Kami juga lakukakan kesilapan mudah menyebabkan TFC jaringkan gol walapun kalau kita tengok sepanjang tempoh 90 minit, mereka tidak hasilkan banyak peluang untuk jaringkan gol.
"Tetapi itulah, padang basah sedikit sebanyak mengganggu corak permainan pantas yang biasa ditunjukkan pemain dan tahniah buat Terengganu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nafuzi Zain
#TFC
#Piala Malaysia
#bola sepak
#terengganu
#jurulatih
#Perak
#tiga minggu berehat
#Liga Super
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan