KUALA NERUS: Sekian lama memendam rasa, pengendali Terengganu FC (TFC) Nafuzi Zain akhirnya meluahkan rasa terkilan dengan layanan pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) terhadapnya.
Rasa kecewa yang disuarakan itu berkaitan dengan tawaran lanjutan kontrak sebagai pengendali skuad Penyu musim depan yang disifatkan sebagai tidak profesional dan menghormati kedudukannya sebagai ketua jurulatih.
Nafuzi berkata sebagai sebuah kelab profesional, tidak sepatutnya TFCSB menggunakan khidmat 'kitman' sebagai orang tengah untuk menyerahkan surat tawaran tanpa beliau dipanggil untuk sebarang perbincangan.
"Saya betul-betul terkilan dilayan seperti itu. Saya terima surat tawaran lanjutan kontrak bertarikh 27 Okt pada 29 Okt dan ia diserahkan oleh kitman kepada saya di padang ketika latihan," katanya selepas perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia menentang KL City FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam tadi.
TFC menepati ramalan apabila berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia selepas menewaskan KL City dengan agregat 4-1.
Menurut Nafuzi, beliau terpaksa meluahkan segala rasa yang terbuku di hati kerana pengorbanannya dirasakan seperti tidak dihargai dan sebagai majikan, TFCSB berhak untuk membuat sebarang keputusan berkaitan kontrak, tetapi perlu dilakukan secara profesional.
"Sepatutnya perlu ada perbincangan untuk hala tuju pasukan dan persediaan musim depan, perancangan jurulatih dan pihak pengurusan perlu selari kerana itu yang terbaik.
"Tetapi itu tak berlaku, saya diberi tawaran dan perlu setuju dengan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) yang ditetapkan, sama seperti apa yang berlaku tahun lepas," katanya.
Pengendali kelahiran Kelantan itu berkata tempoh 14 hari untuk beliau mengemukakan jawapan balas berhubung tawaran lanjutan kontrak itu berakhir hari ini.
Katanya, beliau akan hadir ke pejabat TFCSB untuk menyerahkan surat jawapan, sekali gus mengakhiri semua tanda tanya serta khabar angin mengenai hala tuju jurulatih muda itu di Liga Malaysia musim depan.
"Apa pun keputusan saya, ia bukanlah disebabkan faktor wang atau gaji. Apa yang saya harapkan cuma sedikit penghargaan setelah membawa TFC ke pentas final Piala FA dan Piala Konfederasi Asia (AFC) tahun depan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 13 2022
Nafuzi meluahkan rasa terkilan dengan layanan pihak TFCSB pada sidang media selepas perlawanan antara pasukannya menentang KL City FC pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia 2022 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam tadi. --fotoBERNAMA
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Nafuzi terkilan sikap tidak profesional kelab
Tawaran lanjutan kontrak disifatkannya tidak profesional dan menghormati kedudukannya sebagai ketua jurulatih.