[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
SPORTS

Najib ucap tahniah kepada jaguh Moto3 Khairul Idham

Astro Awani 18/07/2016 | 03:15 MYT
Anak kelahiran Kampung Gajah, Perak itu mencatatkan masa 47 minit 07.763 saat. - Gambar fail
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan tahniah kepada pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi yang muncul juara perlumbaan motosikal Grand Prix (GP) Jerman di Litar Sachsenring pada Ahad
"Tahniah kepada Khairul Idham yang menang perlumbaan Moto3 di Grand Prix Jerman! Teruskan usaha untuk raih banyak lagi kejuaraan dan harumkan nama negara!," kata Najib dalam catatan di laman Twitter beliau.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ia merupakan kemenangan kedua buat Khairul yang mewakili pasukan Honda Team Asia itu selepas muncul juara di GP Argentina pada April.
DI SEBALIK LENSA: Khairul Idham Pawi juarai Moto3 di GP Jerman
Kemenangan itu membolehkan Khairul Idham berada di tempat ke-10 keseluruhan selepas mengumpul 54 mata. Pelumba Afrika Selatan Brad Binder dari pasukan Red Bull KTM Ajo masih mendahului dengan 159 mata.
#Grand Prix Jerman #Khairul Idham Pawi #Moto3 #pelumba negara