awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nasib malang Kelantan FC

Sinar Harian
Sinar Harian
22/11/2023
01:40 MYT
Nasib malang Kelantan FC
Aksi Liga Super antara Kelantan FC dan Sabah FC di Stadium UiTM Shah Alam pada Isnin. - Foto Sinar Harian
BOLOS 102 gol sudah cukup membayangkan nasib malang Kelantan FC dalam saingan Liga Super musim ini yang berbaki tiga perlawanan lagi.
Situasi itu menjadikan skuad The Red Warriors (TRW) sebagai pasukan terbanyak bolos dalam sejarah Liga Malaysia (Liga-M) untuk semusim.
Terbaharu, Kelantan FC dibelasah Sabah FC apabila mengalami kekalahan 0-7 dalam saingan Liga Super di Stadium UiTM Shah Alam pada Isnin.
Secara keseluruhan, Kelantan FC sudah bolos 132 gol dalam semua pertandingan musim ini termasuk Piala FA (empat gol), Piala Malaysia (15 gol) dan Piala Cabaran (11 gol).
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelantan FC, Ahmad Muzakkir Hamid menjelaskan, TRW akan cuba melakukan sesuatu dalam baki perlawanan musim ini bagi mengelak terus dibolosi dengan jaringan besar.
“Pertama, saya minta maaf atas kekalahan demi kekalahan sehingga dibelasah teruk.
"Saya faham semuanya termasuk soal maruah.
“Saya telah nyatakan dari awal apabila kita tidak dapat daftar pemain, kita akan menerima nasib demikian apabila kita angkat pemain muda bermain.
“Pemain muda kita kurang pengalaman, namun mereka ini produk masa depan.
"Kita akan hadap baki perlawanan,” katanya menerusi catatan di Facebook pada Selasa.
Rekod bolos terbanyak dalam tempoh semusim Liga Super sebelum ini dilakar PDRM apabila skuad The Cops itu melepaskan 75 gol pada edisi 2009.
Kelantan FC masih mempunyai baki tiga perlawanan berdepan Kedah Darul Aman (KDA), PDRM FC dan Kelantan United FC, dengan jumlah bolos tersebut dijangka terus meningkat.
Dalam pada itu, Ahmad Muzakkir dilaporkan sudah bertemu dengan pemain untuk menjelaskan mengenai masalah kewangan dan tunggakan bayaran gaji.
“Soal gaji tertunggak, saya jumpa sebahagian pemain semalam (Isnin) dan terangkan, malah mereka menerima penerangan.
"Tiada syarikat atau pemilik nak melewatkan gaji jika tidak mengalami masalah kerugian.
“Semestinya pemilik 100 peratus berusaha untuk selesaikan masalah ini dan saya sebagai CEO, 100 peratus berusaha ke arah membawa balik penaja,” ujarnya. - Sinar Harian
Dapatkan liputan dan kedudukan terkini Liga Super di sini
Topic Berkaitan
#Liga Super
#Kelantan FC
#pasukan terbanyak bolos
#Ahmad Muzakkir Hamid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan