Nauraj pecah rekod baharu kebangsaan

Astro Awani
Februari 12, 2019 04:26 MYT
Kejayaan tersebut merupakan peningkatan terbaik selepepas menjalani latihan di Eropah dengan menggunakan dana sendiri - Foto Fail
Atlet olahraga kebangsaan, Nauraj Singh Randhawa telah berjaya mencatatkan rekod baru dalam acara lompat tinggi dengan catatan baharu 2.19 meter dalam Kejohanan Olahraga dalam Dewan Erdgas ke 21 di Chemnitz, Jerman pada Isnin.
Beliau yang menang di tempat kedua dalam kejohanan berkenaan telah memperbaharui rekod lama dalam dewan kebangsaan 2.15 meter oleh atlet lompat tinggi negara, Lee Hup Wei yang dilakukan pada kejohanan di Ostrava, Republik Czech dan Vienna, Austria pada 2012.
Kejayaan tersebut merupakan peningkatan terbaik selepepas menjalani latihan di Eropah dengan menggunakan dana sendiri selain meminjam wang daripada kenalan rapat dan dijadualkan pulang ke tanah air pada Sabtu ini.
Kejayaan beliau turut diraikan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi Twitternya dengan memberikan ucapan tahniah.

Congrats @Navraj40 #MalaysiaBoleh https://t.co/AKe4sH6mVX

— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) February 12, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#austria #kejohanan olahraga #lompat tinggi #Nauraj Singh Randhawa #olimpian #rekod kebangsaan #Republik Czech #Syed Saddiq Syed Abdul Rahman #Twitter #Vienna