awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nazim Azman berentap di Piala Porsche Carrera Asia 2023

Bernama
Bernama
18/04/2023
22:30 MYT
Nazim Azman berentap di Piala Porsche Carrera Asia 2023
Nazim Azman. - Foto BERNAMA
PETALING JAYA: Pasukan Sime Darby Racing bakal membuat kemunculan sulung pada Piala Porsche Carrera Asia 2023 menerusi pelumba Formula 3 negara Nazim Azman di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula 28 hingga 30 April ini.
Pelumba berusia 21 tahun itu bakal bersaing dalam kategori PCCA PRO menggunakan jentera Porsche 911 GT3 Cup dengan kerjasama Earl Bamber Motosport (EBM).
Biarpun pertama kali membuat penampilan menggunakan jentera GT, Nazim berkata saingan tersebut merupakan pentas terbaik baginya untuk memulakan perlumbaan musim ini.
"Saya berharap dapat membuat yang terbaik dan berada dalam kedudukan tiga terbaik pada perlumbaan ini dan membawa (nama) negara ke peringkat lebih tinggi.
"Walaupun jentera lain...lebih besar daripada saya gunakan sebelum ini, ia pengalaman dan benda baharu untuk saya belajar," katanya pada sidang media majlis memperkenalkan pasukan Sime Darby Racing di sini semalam.
Malaysia diberi penghormatan untuk menganjurkan perlumbaan pembuka tirai musim 2023 diikuti Korea Selatan, Jepun, Thailand, Singapura dan berakhir di Shanghai, China.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala Porsche Carrera Asia 2023
#Nazim Azman
#SIC
#pelumba Formula 3 negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan