[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
SPORTS

Nazir Razak dilantik Ahli Lembaga Pengarah kelab Inggeris Queen's Park Rangers

Astro Arena 27/11/2016 | 12:27 MYT
Menerusi akaun Instagram, Nazir berkata pelantikan itu merupakan cabaran baru yang menarik dan akan melakukan yang terbaik demi kelab berkenaan. - Gambar fail
KELAB Queen's Park Rangers (QPR) semalam mengumumkan Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak, telah menyertai anggota lembaga pengarah QPR Holdings Ltd.
Menerusi akaun Instagram, Nazir berkata pelantikan itu merupakan cabaran baru yang menarik dan akan melakukan yang terbaik demi kelab berkenaan.
Tokoh perbankan itu sebelum ini dilaporkan peminat kelab Chelsea.

My Instagram precedes me! Interesting new challenge & I will do my best for QPR while I am on the board.

A photo posted by Nazir Razak (@nazir.razak) on

Laman web rasmi kelab London itu mengumumkan seorang lagi rakyat Malaysia, Datuk Seri Johan Raslan, yang juga bekas pengerusi eksekutif PricewaterhouseCoopers Malaysia turut menyertai Nazir sebagai ahli lembaga pengarah.
Kedua-duanya menyertai Fernandes, Amit Bhatia, Ruben Gnanalingam dan Datuk Kamarudin Meranun dalam lembaga pengarah QPR Holdings Ltd.
Bagaimanapun, mereka tersingkir kembali ke liga kedua selepas dua musim bersaing dalam EPL.
#Nazir Razak #Pengerusi Kumpulan CIMB #Queens Park Rangers