SUNGAI PETANI: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menggesa semua kerajaan negeri membuat pelaburan untuk pembangunan bakat baharu bagi melahirkan lebih ramai atlet dalam sukan renang dan terjun.
Menterinya, Hannah Yeoh berkata, setakat ini hanya dua negeri iaitu Sabah dan Sarawak yang dilihat banyak melabur dalam pembangunan dua sukan tersebut.
"Kita lihat sukan terjun merupakan sukan yang banyak memberi pingat kepada Malaysia...sekarang dua negeri iaitu Sabah dan Sarawak yang banyak membelanjakan duit untuk jurulatih dan melahirkan bakat baharu... Sarawak ada sampai enam jurulatih, ada negeri tiada jurulatih.
"Saya dah lawat Perlis dan Kedah, ada ramai anak kecil yang minat sukan renang dan terjun tetapi apa yang perlu kita wujudkan ialah kesinambungan kerjasama antara Majlis Sukan Negara (MSN) Persekutuan dan negeri...setiap negeri perlu laburkan duit untuk jurulatih dan kemudahan lain," katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Akreditasi Renang dan Keselamatan Air 2024 di Kelab Sungai Petani di sini, pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Hannah berkata, terdapat beberapa negeri yang langsung tidak mempunyai program untuk sukan itu dan hal tersebut menimbulkan masalah di peringkat Sukan Malaysia (SUKMA).
"Bila tiada jurulatih bermaksud tiada pelaburan untuk lahirkan atlet mewakili negeri...bila tidak cukup atlet wakil negeri contohnya SUKMA, untuk sukan terjun kategori wanita, kalau tiada penglibatan enam negeri, kategori itu akan digugurkan daripada temasya SUKMA.
"Bila acara gugur bermakna tiada pemenang di peringkat nasional dan seterusnya tiada atlet wakili sukan ini di peringkat antarabangsa," katanya.
Hannah turut berharap agar ramai Ahli Parlimen yang mempunyai peruntukan untuk turut memperbanyakkan program sukan di kawasan masing-masing.
"Parlimen Kota Melaka di Melaka sebagai contoh, menggunakan peruntukan sendiri mengadakan program sukan renang sebagai tambahan kepada program sedia ada.
"Kita fokus balik kepada sukan renang dan sukan terjun... Malaysia dulu memang bawa balik banyak pingat, sekarang kita nak zaman kegemilangan itu berulang semula untuk sukan ini," katanya yang turut berharap agar dalam masa lima hingga 10 tahun lagi lebih ramai pelapis renang dan terjun peringkat kebangsaan dan negeri dapat dilahirkan.
Dalam pada itu, Hannah berkata, beliau gembira dengan ekosistem sukan renang di Kedah yang disifatkannya sebagai sangat baik kerana terdapat 13 kelab renang yang aktif membantu dalam program pembangunan bakat di peringkat negeri. - BERNAMA
Bernama
Sat Jun 15 2024
Hannah melihat kanak-kanak menyertai acara renang pada Program Akreditasi Renang dan Keselamatan Air 2024 di Kelab Sungai Petani, pada Sabtu. - Gambar Bernama
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Cadangan PAFA ambil alih skuad SUKMA akan dibincangkan - Exco
Khairudin berkata sebarang keputusan berkaitan cadangan itu akan dimuktamadkan dalam mesyuarat tersebut.
SUKMA 2024 berjaya capai sifar doping
Azura berkata hasil analisis itu baru sahaja diperoleh minggu ini sekali gus menyaksikan temasya SUKMA kali ini bebas doping.
SUKMA 2024: 'Selamat Jalai' Sarawak, jumpa di Selangor 2026
Sarawak mengucapkan 'Selamat Jalai' atau 'Selamat Tinggal' dalam bahasa Iban kepada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang menutup tirai hari ini.
SUKMA platform lahir atlet elit negara ke Olimpik - Hannah
Katanya, seorang atlet Olimpik tidak muncul begitu sahaja dan prestasi mereka adalah hasil usaha selama bertahun lamanya.
SUKMA 2024: Sarawak terus cemerlang, dahului carta kutipan pingat
Sarawak dengan semangat 'Agi Idup Agi Ngelaban' mengumpul keseluruhan lima emas pada Jumaat dengan tiga daripadanya menerusi taekwondo.
Atlet Sarawak raih emas SUKMA, Para SUKMA terima insentif RM15,000
Sarawak menyediakan insentif RM15,000 kepada atlet negeri itu yang berjaya meraih pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA kali ini.
Brunei cipta sejarah raih emas SUKMA selepas 10 tahun
Walid tampil dengan gerakan tangkas dan kemas di Dewan Wushu SSC di sini, berjaya memikat hati juri untuk menghadiahkan mata tertinggi 9.613.
Wushu hadiahkan Melaka pingat emas pertama SUKMA 2024
Atlet berusia 20 tahun itu meraih pungutan mata tertinggi 9.600 untuk mengatasi 16 lagi pencabarnya.
Nur Farah Aziera tekad bawa kilauan pingat pada penampilan terakhir di SUKMA 2024
Anak kelahiran Pontian berusia 21 tahun itu yakin dan optimis memberikan persembahan terbaik berbekal pengalaman serta latihan yang dilalui.
SUKMA: Terengganu terima tamparan awal, Sarawak langkah kiri di laman sendiri
Ketua pasukan Johor Ahmad Aysar Hadi Mohd Shapri muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-61.