SUKAN
Nepal akui Harimau Malaya tetap ada kualiti tanpa pemain warisan
Ketua Jurulatih Pasukan Nepal Matthew Barry Ross (kiri) dan Kapten Pasukan Nepal Kiran Kumar Limbu ketika sidang media menjelang perlawanan pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya yang 'tempang' tanpa kehadiran tujuh pemain warisan masih mempunyai kualiti tersendiri untuk memburu kemenangan ke atas Nepal pada perlawanan kelima pusingan kelayakan Piala Asia 2027 esok.
Ringkasan AI
Kapten pasukan Nepal Kiran Kumar Limbu berkata kualiti itu hadir dalam kalangan pemain tempatan sedia ada, yang pastinya akan memberikan saingan sengit sama seperti pasukan itu tewas 0-2 pada perlawanan pembukaan Kumpulan F, Mac lepas.
"Sebelum ini mereka mempunyai tujuh pemain warisan dan banyak pemain yang hebat tetapi kini tanpa mereka. Saya fikir pemain tempatan mempunyai kualiti. Pasukan yang kuat dan mereka bermain dalam liga yang berkualiti di sini.
"Pada akhirnya kami bersedia dan tidak akan mengulangi kesilapan sama," katanya pada sidang media praperlawanan pusingan kelayakan Piala Asia 2027 di sini hari ini.
Beliau yang bermain di posisi penjaga gol berkata aksi persahabatan menentang Bangladesh baru-baru ini membantu ketua jurulatih baharu Hari Khadka dalam membentuk kesebelasan terbaik bertemu Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Malaysia beraksi pada perlawanan kelima pusingan kelayakan itu tanpa sebarang aksi persahabatan dan hanya menjalani kem latihan pusat di dalam negara.
Skuad negara kekal mendahului Kumpulan F dengan mengumpul 12 mata, manakala pencabar terdekat Vietnam di tangga kedua dengan sembilan mata.
Laos berada di tempat ketiga (tiga mata) dan Nepal tercorot tanpa sebarang mata selepas tewas keempat-empat perlawanan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Skuad Harimau Malaya bersedia berdepan Nepal tanpa tujuh pemain warisan, namun kapten Nepal percaya pemain tempatan mempunyai kualiti untuk berikan saingan sengit.
- Kapten Nepal, Kiran Kumar Limbu, menegaskan pasukannya bersedia hadapi Malaysia selepas aksi persahabatan menentang Bangladesh.
- Malaysia kekal memimpin Kumpulan F dengan 12 mata, sementara Vietnam mengekor dengan sembilan mata; Nepal pula belum meraih sebarang mata selepas keempat-empat perlawanan.