awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar adakan lawatan rasmi ke Turkiye bermula esok hingga 8 Jan
Mahkamah Paris hukum 10 individu buli siber Brigitte Macron
Tenom diisytihar kawasan bencana banjir dan tanah runtuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Neville akur 'pesta sudah berakhir' selepas Liverpool temui rentak

Astro Arena
Astro Arena
02/02/2021
05:07 MYT
Neville akur 'pesta sudah berakhir' selepas Liverpool temui rentak
Neville sedar, kemerosotan Liverpool baru-baru ini akan berakhir dan ia akan kembali menyerlah. - Gambar hiasan
GARY Neville sedia menerima 'keseronokan' menyaksikan Liverpool bergelut bakal berakhir, namun bekas pertahanan Manchester United itu sentiasa menjangkakan skuad kendalian Jurgen Klopp itu akan menemui semula sentuhan terbaik mereka.
Juara bertahan itu meratapi lima perlawanan tanpa kemenangan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) hingga kehilangan tempat di puncak liga, membenarkan musuh tradisi, United ke puncak liga.
Bagaimanapun, selepas Red Devils sekadar meraih mata satu mata daripada dua perlawanan -- termasuk kekalahan kepada Sheffield United -- Liverpool bangkit dengan dua kemenangan di London.
The Reds masih lagi ketinggalan empat mata di belakang pendahulu, Manchester City -- yang memiliki kelebihan satu perlawanan -- tetapi tidak terkejut menyaksikan Klopp kembali membawa pasukan ke landasan tepat, walaupun itu bermaksud berakhirnya "pesta dua atau tiga minggu" semasa kemerosotan mereka baru-baru ini.
"Saya tidak fikir ada di antara kita yang menyangka Liverpool sudah terkeluar daripada persaingan merebut gelaran dalam beberapa minggu terakhir," kata Neville.
"Saya mungkin mempunyai sedikit keseronokan, mari kita jelaskan, menyaksikan mereka merosot dalam perlawanan pertengahan minggu itu dan melihat United berada di puncak liga. Ia seperti pesta dua atau tiga minggu tetapi itulah yang saya rasakan.
"Saya berasakan ia hanya pesta dua atau tiga minggu. Saya fikir ia akan berakhir pada suatu ketika dan Liverpool akan kembali menyerlah.
"Saya tidak fikir United akan jatuh tetapi saya fikir Liverpool akan kembali dan mereka akan mengatasi masalah ini. Mereka mempunyai jurulatih yang terlalu bagus dan skuad mereka terlalu bagus."
4 - All four of Liverpool's away wins in the Premier League this season have been over London clubs (Chelsea, Crystal Palace, Spurs, West Ham); they are the first side in English top-flight history to pick up their first four away league wins in a season all in London. Punished. pic.twitter.com/KyrUFthrqP
— OptaJoe (@OptaJoe) January 31, 2021
Topic Berkaitan
#Gary Neville
#EPL
#Manchester United
#jurgen klopp
#Liverpool
#London
#Manchester City
#Liga Perdana Inggeris
#jurulatih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan