awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Neymar akan pastikan Piala Dunia jadi miliknya

Agensi
Agensi
17/05/2018
05:26 MYT
Neymar akan pastikan Piala Dunia jadi miliknya
Sekalipun belum pulih sepenuhnya, Neymar meluahkan keyakinan untuk kembali beraksi bagi membantu Brazil menjuarai Piala Dunia 2018 akan datang. - Gambar fail
Bintang sensasi bola sepak dari Brazil, Neymar Jr, optimis dan meluahkan keterujaannya untuk membantu Brazil menjuarai Piala Dunia 2018 di Rusia.
Penyerang utama Paris Saint-Germain (PSG) itu kini dalam proses untuk kembali beraksi selepas menjalani proses membaik pulih kakinya yang cedera, sejak Februari lepas.
“Piala Dunia merupakan kejohanan terbesar di dunia. Saya hanya mahu bermain dan menjadi juara. Piala itu akan menjadi kepunyaan saya,” kata beliau ketika ditemubual media tempatan, Desimpedidos.
“Dalam permainan bola sepak, perkara utama yang memberi inspirasi kepada saya ialah ketika menikmati segala-galanya di atas padang,” jelas beliau lagi.
Beliau menambah, kini sedang menjalani latihan ringan dan keadaannya juga semakin bertambah baik.
“Saya sedikit gementar (mengenai kecederaan itu), tetapi perlahan-lahan saya akan bangkit,” kata penyerang berusia 26 tahun ini.
Brazil diundi di dalam Kumpulan E bersama Switzerland, Costa Rica, dan Serbia yang dijadualkan akan memulakan perlawanan pertama pada 17 Jun akan datang.
Neymar bersama pasukannya pasti dahagakan kemenangan kali ini selepas mereka kecewa akibat kalah kepada Jerman 7-1 pada separuh akhir Piala Dunia 2014 di Brazil.
Beliau dijangka akan kembali pada 3 Jun depan apabila Brazil mengadakan perlawanan persahabatan menentang Croatia di Anfield, England.
Topic Berkaitan
#aksi
#bola sepak
#Brazil
#Joga Bonito
#kecederaan
#Neymar
#Paris Saint-Germain
#Piala Dunia 2018
#Rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan