[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
SPORTS

Neymar beri amaran, beraksi dengan Mbappe umpama 'neraka'

Astro Arena 24/09/2024 | 05:13 MYT
Gandingan Neymar dan Mbappe sebelum ini pernah menjadi mimpi ngeri buat pasukan lawan ketika beraksi bersama di Paris Saint-Germain. - Stadium Astro
BINTANG Al-Hilal, Neymar, dikhabarkan memberikan amaran buat rakan senegaranya di Real Madrid seperti Vinicius Junior, Rodrygo, dan Eder Militao mengenai kehadiran Kylian Mbappe di kelab gergasi Sepanyol itu.
Gandingan tajam itu sebelum ini pernah menjadi mimpi ngeri buat pasukan lawan ketika beraksi bersama di Paris Saint-Germain dengan mereka telah beraksi dalam 136 perlawanan sejak 2017 hingga 2023.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Untuk rekod, gadingan Neymar-Mbappe telah merangkul empat kali trofi Ligue 1.
Amaran itu diberikan menerusi wartawan terkenal, Cyril Hanouna, yang menjelaskan: "Pemain Brazil di Madrid merupakan rakan Neymar.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Sentiasa ada perseteruan melibatkan Neymar dan Mbappe. Neymar telah memaklumkan mengenai Mbappe kepada pemain Brazil bahawa ia merupakan malapetaka, ia umpama neraka," katanya. -- Stadium Astro
#Neymar #Kylian Mbappe #Real Madrid #ibarat neraka