awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Neymar cedera lagi!

Astro Arena
Astro Arena
05/11/2024
02:30 MYT
Neymar cedera lagi!
Neymar hanya dapat beraksi selama 29 minit ketika dimasukkan sebagai pemain gantian dalam babak kedua. - Stadium Astro/Agensi
NEYMAR sekali lagi mengalami kecederaan apabila terpaksa dikeluarkan lebih awal ketika Al-Hilal menewaskan Esteghlal 3-0 dalam perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Kingdom Arena, Riyadh awal pagi tadi.
Dalam perlawanan itu, Aleksandar Mitrovic muncul pemain paling menyerlah dengan menjaringkan hatrik. Bagaimanapun, kemenangan Al-Hilal itu dicemari dengan kecederaan Neymar, yang hanya dapat beraksi selama 29 minit ketika dimasukkan sebagai pemain gantian dalam babak kedua.
Pemain kebangsaan Brazil itu, yang baru sahaja menjalani rehat panjang selama lebih setahun gara-gara kecederaan lutut serius, terpaksa dikeluarkan lebih awal dan kelihatan mengalami kecederaan pinggul.
Ia juga merupakan hanya penampilan kedua pemain berusia 32 tahun itu selepas pulih sebelum kembali mengalami kecederaan.
Sebagai rekod, Neymar setakat ini hanya dapat beraksi sebanyak tujuh kali dalam Liga Pro Saudi selepas melengkapkan perpindahannya daripada kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG), tahun lalu. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Neymar
#kecederaan
#Al-Hilal
#ACLE
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan