SUKAN
Nicol David juarai Kejohanan Sukan Dunia untuk kali ketiga
Ratu skuasy negara Datuk Nicol David mencipta hatrik apabila meraih gelaran juara buat kali ketiga berturut-turut pada kejohanan Sukan Dunia 2013 di Cali, Colombia. Juara dunia itu meraih pingat emas selepas menewaskan pencabarnya Natalie Grinham dari Belanda dengan 3-0.
Menurut laman web kejohanan www.worldgames2013.com.co, Nicol tidak perlu berkerja keras untuk menundukkan Natalie yang meraih pingat perak dengan straight set 11-6, 11-9, dan 11-8.
Pingat gangsa diraih Camille Serme dari Perancis selepas mengalahkan seorang lagi wakil negara Low Wee Wern 3-0 dengan mata 11-8, 11-4 dan 11-4.
Nicol sebelum ini merangkul emas pada kejohanan empat tahun sekali ini di Duisburg, Jerman pada 2005 dan Kaohsiung, Taiwan pada 2009.