awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kilang makanan sejuk beku di Puchong terbakar, tiada mangsa terlibat
[TERKINI] Isma Aliff meninggal dunia
Agong zahir nasihat tegas kepada PTD baharu, pastikan junjung integriti dan amanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nicol dinamakan Pemain Wanita Terbaik Disember oleh majalah skuasy

Bernama
Bernama
30/12/2015
11:57 MYT
Nicol dinamakan Pemain Wanita Terbaik Disember oleh majalah skuasy
Nicol kini menduduki ranking ketiga dunia. - Gambar fail
Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David dinamakan sebagai Pemain Wanita Terbaik bagi Disember dalam edisi Januari 2016 majalah 'Squash Player' yang berpengkalan di London.
Anugerah itu diterima Nicol berikutan kejayaannya menjuarai kejohanan Terbuka Hong Kong untuk kali ke-10 berturut-turut pada bulan ini.
"Menjuarai gelaran di Hong Kong untuk kali ke-10 sangat bermakna bagi saya. Ini adalah antara kejohanan terbaik pernah saya sertai," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan majalah Squash Player.
Juara dunia lapan kali yang kini menduduki ranking ketiga dunia, menundukkan pencabar utamanya Laura Massaro dari England dengan 15-13, 11-9, 11-3 dalam masa 39 minit di final kejohanan itu.
Sebelum itu, Nicol sudah memenangi kejohanan itu sejak 2006 hingga 2014.
Topic Berkaitan
#Nicol David
#pemain wanita terbaik
#Skuasy
#Squash Player
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan