awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nicol kekal di kedudukan ketiga ranking dunia - PSA

Bernama
Bernama
02/09/2016
03:04 MYT
Nicol kekal di kedudukan ketiga ranking dunia - PSA
Nicol mengumpul purata 1,101 mata selepas beraksi dalam 10 kejohanan, dan berada di kedudukan sama yang disandangnya bulan lepas. - Gambar fail
Ratu skuasy Malaysia dan juara dunia lapan kali, Datuk Nicol David mengekalkan kedudukan tempat ketiga dalam ranking dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) untuk bulan kedua berturut-turut.
Berdasarkan ranking dunia terkini dikeluarkan PSA dalam laman sesawang www.psaworldtour.com hari ini, pemain kelahiran Pulau Pinang itu mengumpul purata 1,101 mata selepas beraksi dalam 10 kejohanan, dan berada di kedudukan sama yang disandangnya bulan lepas.
Juara dunia dari Mesir, Nour El Sherbini dan pemain England, Laura Massaro juga mengekalkan kedudukan teratas dan kedua dalam ranking dunia, selepas masing-masing mengumpul purata 1,769 dan 1,510 mata.
Juara bertahan remaja dunia, Nouran Gohar dari Mesir yang menewaskan Nicol di separuh akhir dan seterusnya menjuarai Terbuka Hong Kong minggu lepas, memintas rakan senegaranya, Raneem El Welily untuk berada di kedudukan keempat dengan mengutip purata 1,069 mata, manakala Raneem turun satu anak tangga ke tempat kelima selepas mengumpul purata 967 mata.
Dua lagi pemain Malaysia - Delia Arnold dan Low Wee Wern pula mengalami nasib berbeza. Delia turun satu anak tangga ke tempat ke-18 dengan mengumpul purata 275 mata, manakala Wee Wern kekal di posisi ke-27 selepas meraih purata 190.625 mata.
Topic Berkaitan
#Nicol David
#PSA
#ranking dunia
#Skuasy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan