Nicol rampas kembali kejuaraan Terbuka Carol Weymuller

Bernama
Oktober 7, 2013 05:11 MYT
Ratu skuasy negara dan pemain nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David meraih kejuaraan kedua bagi musim 2013 apabila berjaya merampas semula kejuaraan Terbuka Carol Weymuller pada Ahad.
Dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Heights Casino, Brooklyn, New York, Amerika Syarikat, pemain berusia 30 tahun itu mudah menundukkan pemain Perancis, Camille Serme dengan 12-10, 11-2 dan 11-5.
Ini kali kedua Nicol menjuarai kejohanan itu. Kali pertama pada 2005.
Pada 2012, Nicol disingkirkan oleh pemain England, Alison Waters di peringkat suku akhir.
"Saya amat gembira dengan kemenangan ini selepas sekian lama," katanya dipetik oleh laman web skuasy www.squashsite.co.uk.
#Nicol Ann David #Terbuka Carol Weymuller