PEMILIK Kelantan FC, Norizam Tukiman mengakui tidak terdesak untuk menjual kelab tersebut, namun dua tawaran yang diterima mendorongnya membuat pertimbangan sewajarnya.
Di sebalik tawaran itu, Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham menjelaskan, perlu membuat penelitian terbaik sebelum melepaskan skuad The Red Warriors (TRW) kepada pemilik baharu.
“Saya tidak terdesak untuk jual. Ulang, saya tidak terdesak untuk jual Kelantan FC. Cuma ada yang tawar, mana yang lebih baik kita akan tengok,” katanya kepada Sukan Sinar pada Sabtu.
Pada masa sama, beliau dengan tegas menetapkan tiga kriteria kepada pemilik baharu sebelum kelab dari Pantai Timur itu bertukar tangan.
“Pertama, perlu memiliki kemampuan yang lebih baik daripada saya. Kedua, dia sanggup turun padang beri komitmen kepada bola sepak dan pemain serta berdepan dengan peminat tegar Kelantan.
“Syarat khas ketiga, pastikan ada perancangan buat pasukan untuk tiga atau lima tahun ke depan,” jelasnya yang menjadi pemilik Kelantan FC sejak September 2020.
Menurut Norizam, Kelantan FC tidak berdepan dengan masalah besar berbanding sebelum beliau mengambil alih pengurusan kelab berkenaan.
“Kelantan FC bukan ada masalah tetapi semua orang tahu, peminat minta (saya) undur.
“Tiada masalah, ada tawaran lebih baik saya sedia jual, namun sekali lagi ulang, saya tidak terdesak untuk jual,” tegasnya.
Sebelum ini, usahawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau dikenali Datuk Seri Vida mengemukakan surat rasmi kepada Norizam dalam usaha untuk mengambil alih pengurusan kelab itu.
Turut membuat tawaran ialah usahawan muda yang juga pemilik Erfan Gym & Fitness, Erfan Akif Ruslan yang dikatakan sedia melabur sehingga RM10 juta untuk membeli Kelantan FC. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jul 09 2023
Menurut Norizam, Kelantan FC tidak berdepan dengan masalah besar berbanding sebelum beliau mengambil alih pengurusan kelab berkenaan. - Gambar fail
Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa
Pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI) berpotensi memperkukuh jaringan gerakan Islam di peringkat antarabangsa.
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
Status Kelantan FC sertai Liga A1 diketahui esok
Status penyertaan Kelantan FC dalam saingan semi-pro Liga A1 2024 yang merupakan nafas baharu kepada saingan Liga M3 bermula Jun depan akan diketahui esok.
Manja Man pengendali baharu Kelantan FC
Bekas pemain pertahanan itu yakin Kelantan memiliki bakat muda yang mampu dibentuk menjadi pemain bernilai bagi pasukan kembali digeruni.
‘Saya tidak lari bayar baki gaji’
Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukimann memberi jaminan akan menyelesaikan tunggakan gaji dihadapi pasukan The Red Warriors secara berperingkat.
Rayuan ditolak, Kelantan FC terpaksa lupakan Liga Super
Kelantan FC terpaksa melupakan hasrat untuk kekal dalam saingan Liga Super musim 2024-2025, selepas Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menolak rayuan kelab itu bagi Lesen Kebangsaan.
Kelantan FC tidak layak beraksi di Liga Super
Kelantan FC gagal untuk mendapatkan lesen kebangsaan sekali gus tidak layak untuk bertanding dalam saingan Liga Super musim depan.
Liga Super: Kuching City tumbang di Sarawak, PDRM bedil Kelantan
Kuala Lumpur City FC menewaskan Kuching City FC 3-2, manakala PDRM FC berpesta gol dengan membelasah Kelantan FC 7-2.
Kelantan FC serah dokumen tunggakan pembayaran gaji - MFL
Unit pelesenan kelab Liga Bolasepak Malaysia (MFL) telah menerima dokumen berhubung tunggakan pembayaran gaji pemain dan pegawai pasukan Kelantan FC semalam.
Nasib malang Kelantan FC
Skuad The Red Warriors (TRW) kini merupakan pasukan terbanyak bolos dalam sejarah Liga Malaysia (Liga-M) untuk semusim.
Yusri mahu pemain Perak FC kekalkan momentum kemenangan
Pengendali Perak FC Yusri Che Lah mahu anak buahnya mengekalkan momentum kemenangan selepas berjaya menewaskan Kelantan FC dalam aksi Liga Super di Stadium Perak Ipoh, malam tadi.
The Bos Gaurus tak ambil mudah cabaran Kelantan FC
Yusri yakin Kelantan FC akan bermain bermati-matian bagi melakar kemenangan sekali gus memperbaiki kedudukan yang ketika ini di tangga tercorot.