[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
SPORTS

Nur Amisha mahu tukar kategori, demi emas Sukan SEA 2025

Bernama 14/04/2025 | 07:15 MYT
Nur Amisha menyerahkan keputusan kepada pihak persatuan dalam memberi kebenaran menyertai acara tersebut. - Gambar/ IG nuramishaazril
KUALA LUMPUR: Atlet Muay Thai wanita negara, Nur Amisha Azrilrizal mengintai peluang untuk beraksi dalam kategori 48 kilogram (kg) menjelang penyertaan pada Sukan SEA 2025 di Thailand hujung tahun ini.

Ringkasan AI
  • Nur Amisha menyerahkan keputusan kepada pihak persatuan dalam memberi kebenaran menyertai acara tersebut.

Anak jati Perak itu yang pernah meraih pingat gangsa dan perak bagi kategori 51kg pada penampilan pertama dan kedua temasya itu, berkata kini sudah tiba masa dia beralih angin dalam usaha membutirkan pingat emas buat diri dan negara khususnya.
"Semasa Sukan SEA 2016 Filipina saya raih gangsa sebelum dapat pingat perak pada edisi 2022 di Vietnam. Kali ini kalau boleh saya mahukan pingat emas, ia impian yang sudah lama terpendam.
"Nak kata saingan itu mudah tidak juga kerana ramai pesaing hebat dalam kategori itu tapi saya nak cabar diri," katanya ketika dihubungi Bernama.
Bagaimanapu, Nur Amisha berkata dia menyerahkan keputusan kepada pihak persatuan dalam memberi kebenaran menyertai acara tersebut.
Petarung berusia 23 tahun itu berkata dia akan menggunakan tempoh beberapa bulan ini untuk membuat persiapan termasuk menyertai kejohanan Muay Thai Asia yang akan diadakan di Vietnam pada Jun ini sebelum beraksi di Bangkok.
Kem Muay Thai negara meraih masing-masing satu pingat emas dan perak pada edisi lepas di Vietnam.
Pingat emas diraih Ahmad Nor Iman Aliff Rakib dalam kategori bawah 54kg lelaki.
-- BERNAMA
#Muay Thai #atlet muay thai wanita #Nur Amisha Azrilrizal #Sukan SEA 2025