awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kuota BUDI95 tidak akan dikurangkan ikut kelas pendapatan - KSU Perbendaharaan
Agong dipersembah taklimat perancangan KUSKOP, perkasa PMKS
Jepun tangguh pelancaran roket H3 bagi siasat kegagalan terdahulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nur Dhabitah fokus seimbang pelajaran, kerjaya

Bernama
Bernama
06/10/2021
20:42 MYT
Nur Dhabitah fokus seimbang pelajaran, kerjaya
Atlet berusia 22 tahun itu menjelaskan bahawa beliau akan berbincang bersama jurulatih dan pensyarah supaya tumpuannya dalam kedua-dua aspek itu tidak terjejas. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Atlet terjun negara Nur Dhabitah Sabri akan berusaha untuk menyeimbangkan aspek pembelajaran dan kerjaya sebagai atlet selepas menyambung pengajian dalam jurusan Sarjana Muda Komunikasi Media di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor.
Biarpun dijangka berdepan jadual padat pada tahun depan, atlet berusia 22 tahun itu menjelaskan bahawa beliau akan berbincang bersama jurulatih dan pensyarah supaya tumpuannya dalam kedua-dua aspek itu tidak terjejas.
"Saya akan berbincang dengan jurulatih saya khususnya mengenai jadual kelas di UKM. Saya juga tidak mahu ketinggalan dalam pendidikan. Pada akhirnya, pendidikan adalah amat penting bagi saya," katanya dalam sidang media secara maya selepas menghadiri Majlis Amanat Naib Canselor Minggu Mesra Mahasiswa UKM pada Rabu..
Nur Dhabitah dijadual mewakili negara dalam Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, United Kingdom, Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China serta beberapa kejohanan antarabangsa lain pada tahun depan.
Terdahulu, penerjun itu turut diberi penghormatan mengetuai bacaan ikrar baharu UKM bagi sesi akademik 2021/2022.
Nur Dhabitah berkata beliau mendaftar untuk melanjutkan pengajian di UKM menerusi sijil Pentauliahan Pembelajaran Berdasarkan Pengalaman Sebelumnya (APEL) yang mengambil kira pengalaman terdahulu seseorang individu.
Beliau yang menamatkan saingan dalam acara terjun papan anjal 3 meter (m) individu akhir di tempat keempat pada Sukan Olimpik Tokyo baru-baru ini, memilih UKM kerana yakin dengan persekitaran kondusif yang ditawarkan institusi pengajian tinggi itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nur Dhabitah
#Atlet Terjun
#sambung pengajian
#UKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan