awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nur Dhabitah-Wendy terlepas tiket ke Olimpik acara 3m papan anjal seirama

Bernama
Bernama
07/02/2024
15:27 MYT
Nur Dhabitah-Wendy terlepas tiket ke Olimpik acara 3m papan anjal seirama
Pada aksi final di Pusat Akuatik Hamad itu menyaksikan Nur Dhabitah-Wendy mampamerkan aksi mengecewakan pada terjunan pertama apabila hanya mengutip 44.40 mata. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Gandingan penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri dan Wendy Ng Yan Yee pula terlepas slot ke Sukan Olimpik Paris 2024 apabila hanya menduduki tempat kesembilan saingan acara 3 meter (m) papan anjal seirama wanita di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar, malam ini.
Pada aksi final di Pusat Akuatik Hamad itu menyaksikan Nur Dhabitah-Wendy mampamerkan aksi mengecewakan pada terjunan pertama apabila hanya mengutip 44.40 mata.
Gandingan itu kemudian gagal bangkit memperkemaskan teknik pada terjunan kedua hingga lima apabila hanya mengumpul mata keseluruhan sebanyak 258.30 sekali gus menamatkan saingan di tempat kesembilan.
Seperti yang dijangka tempat pertama disambar wakil China, Chang Yani-Chen Yiwen (323.43 mata) manakala pingat perak dan gangsa masing-masing menjadi milik gandingan Australia, Smith Anabelle-Keeney Maddison (300.45 mata) dan pasangan Great Britain, Harper Yasmin-Mew Jensen Scarlett (281.70 mata).
Nur Dhabitah-Wendy perlu menduduki tempat keempat terbaik untuk menempah slot ke temasya sukan berprestij itu bagi acara berkenaan.
Bagaimanapun, Nur Dhabitah dan Wendy masih mempunyai satu lagi peluang untuk ke Paris 2024 menerusi acara 3m papan anjal individu yang bermula dengan pusingan kelayakan, esok.di Paris 2024
Awal pagi tadi, Nur Dhabitah dan ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong turut terlepas tiket acara 10m platform seirama untuk ke Paris 2024 selepas hanya menamatkan saingan di kedudukan ke-12 di kejohanan sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan Olimpik 2024
#ratu terjun
#papan anjal
#aksi mengecewakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan