KUALA LUMPUR: Pesilat wanita negara Nur Syafiqah Hamzah berjaya mencatat kejayaan membanggakan apabila muncul atlet pertama negara menyumbang emas pada Kejohanan Pencak Silat Asia Tenggara 2022 edisi kelapan di Singapura, pada Sabtu.
Kejohanan yang berlangsung di Arena OCBC, Singapura itu menyaksikan Nur Syafiqah yang mempamerkan persembahan mengagumkan mengutip 9.985 mata sekali gus mengecewakan wakil tuan rumah Siti Nazurah Md Yusoff yang mengumpul 9.930 mata dalam acara Jurus Tunggal Puteri.
Nur Syafiqah berkata pencapaian dilakarnya hari ini adalah permulaan yang terbaik buatnya dan berjanji akan membawa pulang pingat menjelang Sukan SEA dari 12 hingga 23 Mei di Hanoi,Vietnam.
"Ini satu permulaan bagi saya. Menang kalah itu belakang kira tetapi saya hanya fikir untuk puaskan hati saya dan jurulatih memandangkan sudah lama tidak keluar bertanding.
Saya hanya fikirkan untuk melakukan yang terbaik dan Alhamdulillah berhasil. Sasaran saya untuk Sukan SEA nanti, saya mahu berikan pingat." katanya dalam satu klip video di laman Facebook rasmi Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia.
Sementara itu, trio regu puteri diwakili oleh Merrywati Manuil, Fatin Ardani Zamri dan Siti Nur Khairunnisa Hail gagal meneruskan rentak kecemerlangan Nur Syafiqah apabila sekadar merangkul pingat perak dengan 9.895 mata.
Trio tuan rumah diwakili Amirah Sahrin, Iffah Batrisyia Noh dan Nur Ashikin Zulkifli membawa pulang emas dengan 9.945 mata.
Dalam pada itu itu, Juara Dunia 2016 Mohd Al Jufferi Jamari berpeluang untuk menambah koleksi pingat emas negara selepas lawannya Tito Hendra Septa Kurnia Wijaya dari Indonesia disingkirkan daripada perlawanan peringkat separuh akhir itu susulan kekasaran terhadap Mohd Al Jufferi di dalam kategori Senior Putera F.
Jaguh pencak silat negara itu bakal bertemu pesilat Vietnam, Vu Duc Hung selepas menewaskan pesilat dari Singapura Abdul Raazaq Abdul Rashid 31-23 dalam satu lagi aksi separuh akhir hari ini.
Mohd Fauzi Khalid turut berjaya melangkah ke pentas final selepas menewaskan pesilat Thailand Suthat Bunchit 41-29 dalam acara aksi perlawanan Senior Putera G dan akan bertemu wakil dari Vietnam, Nguyen Tan Sang di final hari ini.
Tan Sang mara ke peringkat akhir selepas menewaskan pesilat Singapura Sheik Ferdous Sheik Alau'ddin 15-6.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 26 2022
Nur Syafiqah berkata pencapaian dilakarnya hari ini adalah permulaan yang terbaik buatnya. - Foto Facebook/Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Lahir 'Magic Boy': Sudah sampai masa Muay Thai diberi tumpuan - Bernard
Bernard optimis Malaysia mampu melahirkan lebih ramai jaguh Muay Thai negara seperti Mohammad Rifdean Masdor untuk diketengahkan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Ragbi 7s bakal 'berkelana' ke tiga negara
Kesatuan Ragbi Malaysia merancang untuk membawa skuad ragbi tujuh sebelah (7s) kebangsaan menjelajah New Zealand, Australia dan Fiji.
Hup Wei sasar lima tahun Malaysia kembali gah lompat tinggi Sukan SEA
Lee Hup Wei perlu masa lima tahun bagi meletakkan Malaysia kembali sebagai kuasa besar acara lompat tinggi lelaki di pentas Sukan SEA.
MOM mahu ada kesinambungan acara Sukan SEA 2025, 2027
Majlis Olimpik Malaysia mahu acara sukan Sukan SEA 2025 di Thailand mempunyai kesinambungan dengan edisi seterusnya di Kuala Lumpur pada 2027.
Taekwondo tagih khidmat jurulatih Korea Selatan bantu Syafiq, Sebastian
Jurulatih itu juga diperlukan bagi memantau prestasi Muhammad Syafiq Zuber dan Sebastian Tan Chung Wan yang sedang memburu slot ke Paris.
Qabil tidak bercadang bersaing pada Olimpik 2024
Atlet ekuestrian negara Qabil Ambak Mahamad Fathil menjelaskan, persediaannya ke Sukan Asia Hangzhou 2022 menyebabkan beliau tidak dapat memberikan tumpuan untuk kelayakan ke Olimpik Paris 2024.
Sukan Asia: Azeem mahu bukti kemampuannya sebagai terbaik Asia Tenggara
Muhammad Azeem mahu membuktikan dirinya sebagai jaguh Asia Tenggara apabila membuat penampilan sulungnya di Sukan Asia hari ini.
Nasib atlet RTG ditentukan September ini
Prestasi dan kemajuan atlet dalam program Road To Gold (RTG) akan dinilai semula bagi menentukan kedudukan mereka dalam program tersebut pada September ini.
Beri peluang atlet pecut wanita 'berguru' di luar negara - Mumtaz
Ia berdasarkan prestasi barisan atlet pecut wanita negara yang semakin menyerlah menerusi beberapa siri kejohanan sebelum ini.
ASN 2022: Syarul Azman intai peluang peroleh Anugerah Olahragawan Negara
Syarul berharap penilaian barisan panel berdasarkan kejayaannya dibuat secara adil dan saksama tanpa prejudis, sekali gus mengelak daripada berputih mata buat kali kelima sejak 2016.