awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nur Syazrin harap kejayaan emas tingkat motivasi kontinjen Sukan Asia negara

Bernama
Bernama
27/09/2023
07:30 MYT
Nur Syazrin harap kejayaan emas tingkat motivasi kontinjen Sukan Asia negara
Nur Shazrin juga mengesahkan tiket ke Paris 2024 selaku pemenang pingat emas, sekali gus bakal membuat penampilan ketiga di Sukan Olimpik tahun depan. - Foto Bernama
HANGZHOU: Pelayar negara Nur Shazrin Mohamad Latif berharap kejayaannya menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia di Sukan Asia kali ini, dapat meningkatkan lagi motivasi atlet negara untuk menambah koleksi pingat.
Nur Shazrin yang muncul juara acara ILCA 6 wanita hari ini, berkata beliau sebenarnya tidak menyangka bakal menjadi penyumbang emas sulung Malaysia dalam temasya ini, ketika tiba di Pusat Pelayaran Ningbo Xiangshan, lebih 170 kilometer (km) dari sini.
Atlet berusia 25 itu meraih emas selepas mengekalkan kedudukan pertamanya dengan 25 mata penalti selepas 11 perlumbaan setakat semalam, setelah perlumbaan terakhir hari ini dibatalkan kerana kekurangan angin di Tasik Dongqian.
"Saya sebenarnya harapkan ada perlumbaan hari ini dan lihat keputusan penuh. Keadaan angin di sana memang sukar dijangka dengan arus yang kuat. Kadang-kadang angin kuat, tetapi tiba-tiba hilang.
"Strategi saya untuk mengekang pencabar utama daripada memotong saya, walaupun saya tidak dapat berada di tempat teratas pada beberapa perlumbaan menjadi. Saya ingin mendedikasikan pingat ini kepada semua rakyat Malaysia," katanya.
Nur Shazrin juga mengesahkan tiket ke Paris 2024 selaku pemenang pingat emas, sekali gus bakal membuat penampilan ketiga di Sukan Olimpik tahun depan.
Dengan berbaki kurang dari setahun untuk membuat persediaan, beliau berharap program persiapan kali ini lebih baik untuknya.
"Antaranya, saya berharap dapat diberikan peluang untuk menjalani latihan di Eropah, terutamanya di Portugal. Kita pernah berlatih di Portugal sebelum ini, keadaan di sana memang baik untuk meningkatkan prestasi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan Asia Hangzhou
#Nur Shazrin Mohamad Latif
#pingat emas
#pelayar negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan