awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

OHI: 'Seronok dapat lepak dengan Roger Federer' - Nicol David

Syafique Shuib
Syafique Shuib
23/07/2016
14:30 MYT
OHI: 'Seronok dapat lepak dengan Roger Federer' - Nicol David
Datuk Nicol David sempat bertemu dengan Roger Federer yang turut sokong kempen untuk masukkan skuasy sebagai acara Sukan Olimpik 2020.
Sepanjang menetap dan berlatih di Amsterdam sejak 2003, ratu skuasy negara Datuk Nicol David pastinya mempunyai pelbagai kenangan.
Namun detik bertemu dengan jaguh tenis terkemuka Roger Federer merupakan saat yang paling indah buat juara dunia lapan kali itu.
“Saya dapat bertemu dengan beliau ketika menyertai satu pertandingan tenis di Amsterdam. Selain itu, beliau juga membantu saya untuk kempen memasukkan skuasy sebagai acara Sukan Olimpik 2020. BACA: Roger Federer sokong skuasy masuk Olimpik 2020
“Saya dapat lepak dengan beliau! Ia merupakan kenangan yang tidak dapat dilupakan. Beliau seorang yang begitu baik dan meletakkan (sukan tenis) pada satu tahap yang tinggi,” kata Nicol dalam rancangan bual bicara Obviously Harith Iskander pada malam Sabtu.
Obviously Harith Iskander
Obviously Harith Iskander
Walaupun kempen untuk memasukkan skuasy ke temasya Olimpik gagal, Nicol yakin ia akan menjadi kenyataan di masa akan datang.
“Saya kecewa skuasy tidak dapat masuk Olimpik. Ia merupakan sukan yang mempunyai potensi.
“Walaupun ia tidak dapat dilakukan sekarang, pastinya ia akan menjadi kenyataan pada masa akan datang,” jelasnya.
Selain Nicol, turut hadir dalam dalam program Obviously Harith Iskander adalah rapper Joe Flizzow, SonaOne, pengulas sukan Abbas Saad dan beatboxer Shawn Lee.
Program Obviously Harith Iskander bersiaran setiap Sabtu, jam 9.30 malam hanya di saluran 501 Astro AWANI.
Topic Berkaitan
#Abbas Saad
#Joe Flizzow
#Nicol David
#Obviously Harith Iskander
#Roger Federer
#Shawn Lee
#SonaOne
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan