SUKAN

Olahraga Dunia: Usain Bolt anggap pelari masa kini belum mampu gugat reputasinya

Astro Arena 16/09/2025 | 04:46 MYT
Bolt kekal sebagai pemegang rekod dunia 100m (9.58s) dan tiga catatan terpantas dalam sejarah. - Foto Reuters
USAIN Bolt meremehkan pencapaian Noah Lyles dan Oblique Seville selepas final 100m Kejohanan Olahraga Dunia di Jepun semalam.


Ringkasan AI
  • Usain Bolt meremehkan pencapaian Noah Lyles dan Oblique Seville, menyatakan pelari generasi kini kurang berbakat berbanding era beliau.
  • Bolt kekal sebagai pemegang rekod dunia 100m (9.58s) dan tiga catatan terpantas dalam sejarah, walaupun teknologi kasut baharu digunakan sekarang.
  • Oblique Seville muncul juara dunia 100m dengan catatan 9.77s, namun kedudukannya hanya ke-23 terpantas sepanjang zaman.


Bolt meletakkan penanda aras yang tinggi apabila kekal sebagai lelaki terpantas dalam sejarah, dengan juara Olimpik lapan kali itu masih memegang rekod dunia 100m yang diciptanya.

Bekas pelari berusia 39 tahun itu pertama kali memecahkan rekod dunia pada 2008, sebelum memperbaikinya dalam Olimpik dan akhirnya mencatatkan 9.58 saat dalam Kejohanan Dunia edisi 2009.
Iklan

Bolt masih memegang tiga catatan masa terpantas dalam sejarah, sementara catatan masa Tyson Gay dan Yohan Blake juga antara yang terpantas di dunia.

Dalam masa sama, Seville muncul sebagai pelari Jamaica pertama sejak Bolt merangkul kejuaraan 100m dunia.

Seville mencatat rekod terbaik peribadi 9.77s untuk bergelar juara ia masih belum cukup pantas apabila berada di kedudukan ke-23 dalam sejarah.

Dalam temu bual dengan The Times, Bolt lantas berkata: "Anda mahu jawapan sebenar? Kami lebih berbakat. Itu sahaja yang dapat saya katakan.

"Sudah tentu, ia terbukti melalui (kategori) lelaki. Anda boleh melihat wanita pula berbeza. Pelari wanita muda akan muncul.

"Mereka berlari lebih pantas dan lebih kencang (dengan kasut baharu).

"Saya cuma mahu mengatakan, 'Tidak bolehkah anda berlari lebih deras dengan (teknologi) baru sepatu?' Kami hanya manusia yang lebih berbakat." -- Stadium Astro




#Usain Bolt #rekod dunia 100m #olahraga dunia #Oblique Seville