SPORTS

Olahraga Tiger Track Classic: Azeem Fahmi pecah rekod terbaik musim ini ketika bergelar juara

Astro Arena 27/04/2025 | 02:40 MYT
Azeem merupakan pemegang rekod 100m kebangsaan dengan catatan 10.09s, yang dilakukannya dalam Kejohanan Olahraga Remaja Dunia pada 2022. - Foto Astro ARENA
PELARI pecut nombor satu negara, Muhammad Azeem Fahmi, memecahkan rekod terbaiknya musim ini ketika menjuarai acara 100m Kejohanan Olahraga Tiger Track Classic di Auburn, Amerika Syarikat sebentar tadi.

Mewakili tuan rumah, Universiti Auburn, Azeem bergelar juara dengan catatan masa 10.28s, mengatasi Brody Buffington (10.29s) dan Micah Larry (10.32), masing-masing dari Georgia.

Sebagai rekod, Azeem merupakan pemegang rekod 100m kebangsaan dengan catatan 10.09s, yang dilakukannya dalam Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali, Colombia pada 2022.






#pelari pecut #Universiti Auburn #Olahraga Tiger Track Classic #pecah rekod #Azeem Fahmi