Olahraga: UK Athletics larang atlet transgender bersaing dalam kategori wanita

Astro Arena
April 1, 2023 02:50 MYT
Berkuat kuasa 31 Mac, atlet transgender dilarang bersaing dalam kategori wanita bagi kesemua kejohanan dan acara di United Kingdom. - Foto Astro ARENA
UK Athletics melarang atlet transgender daripada bersaing dalam kategori wanita bagi kesemua kejohanan dan acara di United Kingdom.
Larangan itu dibuat selepas seminggu World Athletics mengumumkan pengharaman terhadap atlet transgender lelaki ke wanita, yang telah melalui proses akil baligh lelaki, daripada bersaing dalam acara wanita elit.
Keputusan itu mendapat sokongan daripada bekas Olimpian negara itu seperti perenang, Sharron Davies, dan legenda decathlon, Daley Thompson, walaupun ia juga mendapat tentangan daripada kumpulan yang menggerakkan kempen LGBTQ+.
Larangan berkenaan berkuat kuasa serta-merta semalam.

UKA has published a principle statement on Transgender Eligibility in Athletics in the United Kingdom.@EnglandAthletic @WelshAthletics @AthleticsNI @scotathletics

— British Athletics (@BritAthletics) March 31, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#United Kingdom #atlet transgender #kategori wanita