awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olimpik: Atlet Uganda hilang, dakwa mahu terus menetap di Jepun

Agensi
Agensi
18/07/2021
11:58 MYT
Olimpik: Atlet Uganda hilang, dakwa mahu terus menetap di Jepun
Ssekitoleko sebelum ini mewakili negaranya dalam acara angkat berat 56kg (lelaki) di Sukan Komanwel 2018, dan menduduki tempat ke-10. - Foto/Twitter @JoySportGH
TOKYO: Seorang atlet angkat berat Uganda yang dikesan hilang dari kem latihan Olimpik Tokyo 2020 Jumaat lalu, meninggalkan catatan memaklumkan yang dia mahu menetap di Jepun.
Lapor Reuters, Julius Ssekitoleko didapati hilang dari tempat latihan pasukan Uganda di Izumisano, sebuah bandar di Osaka, Jepun.
Catatan itu mendakwa Ssekitoleko memaklumkan dia ingin terus menetap dan bekerja di Jepun, kerana kehidupan di Uganda yang sukar.
Ssekitoleko dilaporkan tidak memenuhi syarat untuk mengambil bahagian dalam Olimpik kali ini dan dijadualkan kembali ke Uganda pada Selasa ini.
Sebuah stesen kereta api berhampiran merekodkan Ssekitoleko ada membeli tiket kereta api ke Nagoya, jam 6.30 pagi Jumaat lalu.
Kehilangan Ssekitoleko disedari pasukan selepas dia gagal menyerahkan sampel ujian saringan COVID-19 miliknya.
Ssekitoleko, 20, sebelum ini mewakili negaranya dalam acara angkat berat 56kg (lelaki) di Sukan Komanwel 2018, dan menduduki tempat ke-10.
Ini bukan kali pertama atlet Uganda hilang ketika berada di luar negara.
Dua atlet mereka hilang pada Sukan Komanwel 2018 di Australia, manakala dua pemain ragbi mereka pula hilang ketika berada di Glasgow, pada Sukan Komanwel 2014.
Topic Berkaitan
#Olimpik
#atlet
#Uganda
#COVID-19
#Jepun
#Julius Ssekitoleko
#Olimpik Tokyo 2020
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan