Sukan Olimpik Rio di sini bukannya yang terakhir buat pakar keirin negara, Azizulhasni Awang yang mengejar pingat sulungnya dalam cubaan ketiganya di temasya sukan dunia itu.
Pelumba berusia 28 tahun itu berkata beliau mempunyai keupayaan untuk mencapai kemuncak dalam sukan berprestasi tinggi dan menyangkal bahawa Rio adalah impian terakhir Olimpiknya.
"Saya dalam perjalanan untuk bermula ke puncak... ini adalah ketikanya untuk menaiki podium, kata Azizulhasni yang berada masing-masing di tempat ke-10 dan keenam pada Olimpik Beijing 2008 dan London 2012.
Diletakkan sebagai atlet berpotensi membawa pulang pingat emas untuk negara, Azizulhasni berkata soal bersara selepas Rio tidak terlintas di mindanya biarpun ramai mengatakan temasya kali ini merupakan yang terakhir buatnya.
"Banyak jaguh dunia hanya bermula untuk mencapai puncak kerjaya mereka selepas 28 tahun dan ini berlarutan sehingga beberapa tahun, kata pelumba yang berpangkalan di Melbourne itu di sini hari ini.
Azizulhasni, pemenang pingat emas pada Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China percaya bahawa beliau masih mampu menjadi antara yang terbaik dalam acara itu dan tidak akan berpuas hati selain daripada pingat emas di Olimpik.
Beliau berkata pemenang pingat emas selama enam kali, Sir Chris Hoy dari Scotland hanya bersara daripada sukan itu selepas berusia 36 tahun dan memenangi 11 gelaran dunia.
Azizulhasni yang mempunyai ketinggian 166sm dengan berat 69kg digelar 'Pocket Rocketman', memenangi sebutir pingat gangsa dalam kejohanan dunia di London, Mac lepas.
Bagaimanapun, pingat emas Olimpik dalam mimpinya sebagaimana atlet lain dan beliau tidak akan menggantung basikalnya selagi tidak mencapai mencapai impiannya.
"Semasa saya muda dan baharu menceburi sukan berbasikal, saya menulis satu nota mengenai impian saya untuk memenangi pingat Sukan Malaysia (Sukma), kejohanan kebangsaan, kemudian Sukan SEA, Sukan Asia dan Olimpik.
"Saya tampal nota itu di dinding dan melihatnya semasa saya seorang remaja," kata beliau mengenai kesungguhannya untuk memenangi sebutir pingat di Olimpik.
Azizulhasni akan bertanding di dalam acara keirin pada 16 Ogos ini.
Bernama
Tue Aug 09 2016
Azizulhasni mengidamkan sebutir pingat dari Olimpik.
AWANI Ringkas: Beregu campuran negara mara ke final
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sifat materialistik adalah malapetaka masyarakat - Dr Maza
Manusia pada masa kini cenderung mengutamakan nilai materialistik, termasuk dalam bidang perubatan.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Jangan lewatkan urusan jenazah jika tiada keperluan - Dr Maza
Islam tidak menganjurkan untuk menyimpan jenazah terlalu lama sehingga mendatangkan kemudaratan kepada jasad jika tiada alasan munasabah.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Polis kenal pasti pemilik kenderaan langgar tiang LRT
Polis telah mengenal pasti pemilik kenderaan yang terlibat dalam kemalangan melanggar tiang Transit Aliran Ringan (LRT), Khamis lalu.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir bermula Isnin ini
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) maklumkamn, lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula Isnin ini hingga 19 Disember.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei mara ke final di WTF 2024
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berjaya melangkah ke perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou China.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
'Ini beg darah ke-99, dua minggu lagi boleh genapkan 100' - Azhan Rani
Tekad mahu membantu pesakit yang memerlukan mendorong pelakon, Azhan Rani untuk menderma darah sebanyak 99 kali dan menyasarkan untuk mencapai angka 100 dalam tempoh dua minggu lagi.
Ujian air kencing terhadap Zahnita Wilson kerana ada laporan berkaitan dadah
Ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap bekas pelakon dan peragawati terkenal, Zahnita Wilson dilakukan berikutan terdapat laporan berkaitan dadah membabitkan wanita itu.
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Paralimpik Paris 2024: Anwar ucap selamat maju jaya
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada semua atlet paralimpik negara yang akan meneruskan misi memburu emas pada Sukan Paralimpik Paris 2024.
Formasi dron, pancaran laser warnai perasmian gilang-gemilang SUKMA 2024
Orang ramai mulai membanjiri stadium seawal 5 petang bagi bersama-sama menyaksikan pembukaan temasya dwitahunan kebangsaan itu.
'Meletakkan orang yang betul dalam kedudukan yang betul' - Hannah
Hannah mahu memperkemaskan struktur dalam barisan kepimpinan sukan menerusi pendekatan meletakkan orang yang betul dalam kedudukan yang betul.
Pembukaan Olimpik 2024: Koleksi 'The Malaya' Rizman Ruzaini bakal jadi tumpuan di Paris
THE Malaya, hasil cetusan ilham yang dihasilkan pereka fesyen tanah air, Rizman Ruzaini untuk atlet Malaysia di upacara pembukaan Sukan Olimpik 2024 bakal menjadi tumpuan dunia pada 27 Julai ini.
Olimpik 2024: Tahap kesedaran doping tinggi dalam kalangan atlet ke Paris - Adam Adli
MSN dan ISN sentiasa memastikan 26 atlet negara ke temasya sukan itu bebas daripada penggunaan bahan larangan sehingga gagal ujian doping.
Henti sebarkan perkara tidak rasmi berkaitan atlet Malaysia ke Olimpik Paris 2024 - Hannah
Ia bagi membolehkan atlet berada dalam keadaan fokus kepada persediaan mereka dan pada masa sama menjaga kesihatan mental 26 atlet negara.
Johnathan tekad lakukan yang terbaik pada penampilan kedua di pentas Olimpik
Johnathan Wong sifatkan persediaannya berada di tahap terbaik untuk memastikan dirinya mampu menghasilkan keputusan positif.
Sukan Olimpik: Hoe Yean, Rouxin peroleh tiket 'wild card' ke Paris
Dua perenang negara Steve Khiew Hoe Yean dan Tan Rouxin menjadi atlet terbaharu negara yang bakal beraksi pada temasya Olimpik Paris 2024.
Sukan Olimpik: Ashley Lau atlet ke-22 negara layak ke Paris 2024
Pemain golf wanita profesional negara, Ashley Lau Jen Wen akan membuat penampilan sulung dalam edisi kali ini.
Olimpik Paris: MOM letak harapan lima jenis sukan mampu buahkan pingat emas
Lima sukan itu ialah badminton, berbasikal, terjun, memanah dan sukan perahu layar, yang mempunyai peluang cerah untuk menyumbang pingat kepada kontinjen negara.