KUALA LUMPUR: Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) telah dikritik kerana memilih seorang pegawai dari negeri bagi mengiringi atlet ke Sukan Olimpik Tokyo, bulan hadapan.
Dengan kemungkinan besar atlet lompat tinggi Lee Hup Wei dijangka akan mengisi slot 'wildcard' jika tiada atlet olahraga Malaysia layak secara merit sebelum tarikh akhir 29 Jun, seorang pegawai daripada persatuan negeri menjadi pilihan KOM dan bukannya jurulatihnya, Aleksandar Gasparyan untuk mengiringi atlet berkenaan.
Bekas Pengarah Pusat Prestasi Tinggi Olahraga Asia (HPTC) Datuk Mohd Musa Noor Mohd berkata, keputusan tersebut tidak memberikan sebarang kebaikan kepada pembangunan olahraga di negara ini.
"Lompat tinggi adalah satu acara padang yang memerlukan kepakaran dan pengetahuan teknikal yang hanya boleh dilakukan oleh seorang jurulatih bertauliah. Biasanya ruang lebih kurang 10 minit diberikan kepada jurulatih untuk membantu atlet semasa pertandingan.
"Satu kesilapan untuk menghantar seorang pegawai berbanding jurulatih. Oleh kerana Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan jadi penentu, saya berharap mereka akan membuat keputusan yang terbaik demi pembangunan sukan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, Presiden KOM Datuk S.M. Mutu menjelaskan, keputusan yang dibuat itu berdasakan beberapa sebab termasuklah kepakaran teknikal dimilik pegawai berkenaan bagi menguruskan apa sahaja situasi dihadapi di Olimpik.
"Pegawai itu, yang menjadi pengurus pasukan, akan dapat menjaga kebajikan atlet dan jika terdapat sebarang protes, beliau tahu peraturan dan undang-undang untuk lakukannya. Beliau berpengalaman 40 tahun dan boleh berbahasa Inggeris dengan lebih baik.
"Saya tidak pasti kenapa ia telah menjadi satu isu pada masa ini. Kami percaya Hup Wei, dengan pengalaman lebih sedekat sebagai atlet, masih boleh memberikan prestasi terbaiknya," katanya ketika dihubungi Bernama.
Hup Wei, juara Asia 2007 dan pemenang pingat emas Sukan SEA tiga kali, merupakan atlet terbaik Malaysia dalam ranking Atlet Olahraga Dunia, yang dikemas kini pada 31 Mei.
Hup Wei yang telah bertanding di Olimpik Beijing 2008 dan London 2012, berkedudukan ke-20 dengan 1,235 mata, manakala Nauraj Singh Randhawa yang memenangi pingat emas di Kejohanan Tatabanya Siri Grand Prix (GP), semalam, berkedudukan ke-60 dengan 1,145 mata.
KOM akan menghantar sembilan atlet kebangsaan termasuk Hup Wei ke Kejohanan Qosanov Memorial di Almaty, Kazakhstan dari 19-20 Jun sebagai usaha melayakkan diri secara merit.
Atlet lain ialah Andre Anura Anuar (lompat jauh), Muhammad Hakimi Ismail (lompat kijang) Connie Chu (lontar cakera), Yap Sean Yee (lompat tinggi), Muhammad Haiqal Hanafi dan Jonathan Nyepa (100 meter), Khairul Hafiz Jantan (200 meter) dan Rayzam Shah Wan Sofian (110 meter berpagar), manakala Muhammad Ifran Shamsuddin (lontar cakera) tidak akan menyertainya akibat kecederaan.
Sementara itu Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria ketika dihubungi berkata, keputusan untuk menghantar pegawai atau pun jurulatih adalah atas keputusan KOM, namun menasihatkan yang beliau perlulah cenderung kepada atlet tersebut, kerana keperluan logistik atlet itu boleh dikendalikan pihak sekretariat.
"Bagi kami mudah, kami hadkan seorang pegawai bagi setiap dua atlet, sama ada keperluan ialah jurulatih ataupun pengurus, kami bagi persatuan untuk menentukannya. Persatuan perlu pastikan atlet yang ke Olimpik itu mencapai prestasi terbaik, pingat, ataupun apa sahaja tujuan penyertaan mereka.
"Pada satu peringkat, dia perlulah cenderung kepada atlet. Dalam soal pengurusan kontinjen, kami akan lihat maksimum 27 ke 30 orang atlet kali ini. Jadi ia bukanlah satu kontinjen yang besar, jadi akan ada satu sekretariat untuk uruskan kesemuanya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 07 2021
Mohd Musa berkata, keputusan tersebut tidak memberikan sebarang kebaikan kepada pembangunan olahraga di negara ini. - Gambar fail
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
'The Speedy Jantan' tidak mahu isu luar trek jejas prestasi
Bagi Khairul Hafiz, sebarang keputusan bakal dibuat berhubung masa depannya, perlu mengambil kira persetujuan jurulatih Mohd Poad Md Kassim.