awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olimpik Musim Sejuk: Aruwin tenang hadapi aksi pertama

Astro Arena
Astro Arena
05/02/2022
22:24 MYT
Olimpik Musim Sejuk: Aruwin tenang hadapi aksi pertama
Aruwin dan Jeffrey mewakili kontinjen Malaysia dalam upacara perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing malam tadi. - Foto Astro ARENA
ARUWIN Salehhuddin tenang dan sedang menghayati keseronokan meluncur di Beijing walaupun akan membuat penampilan pertamanya dalam acara alpine skiing, Sukan Olimpik Musim Sejuk, Isnin ini.
Dia di samping seorang peserta lelaki, Jeffrey Webb, merupakan kontinjen kelima dalam upacara perasmian di stadium Sarang Burung itu apabila mengibarkan Jalur Gemilang dengan megah, malam tadi.
Mereka mengenakan persalinan musim sejuk berwarna hijau gelap dan hitam selain dilengkapi topi putih tertera bendera Malaysia.
Selepas meluncur di beberapa lokasi di sana, Aruwin sudah bersedia untuk beraksi dalam kategori giant slalom wanita apabila berpeluang menguji Xiaohaituo Alpine Skiing Field, pada Ahad.
"Semangat saya berkobar-kobar untuk penyertaan sulung Sukan Olimpik Musim Sejuk ini.
"Acara perasmian semalam satu detik yang sangat memukau buat saya, begitu juga Jeffrey.
"Sejak tiba di Beijing, saya berkesempatan menyertai beberapa perlumbaan dan latihan yang baik," katanya yang bakal bertanding dalam slalom wanita, Rabu depan.
Acara giant slalom lelaki melibatkan Jeffrey pula berlangsung 16 Februari depan.
Aruwin muncul pemain wanita pertama negara yang layak ke temasya itu selepas layak secara merit menerusi ranking dunia.
Topic Berkaitan
#Aruwin Salehhuddin
#kontinjen malaysia
#Jeffrey Webb
#Sukan Olimpik Musim Sejuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan