Olimpik Musim Sejuk: Bing Dwen Dwen dapat sambutan menggalakkan

Astro Awani
Februari 13, 2022 21:39 MYT
Papan tanda menunjukkan maskot Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 habis dijual. - Foto REUTERS
BEIJING: Maskot Olimpik Musim Sejuk di China memberi impak apabila ia semakin popular dan laris di kedai permainan.
Maskot panda yang dikenali sebagai Bing Dwen Dwen mendapat jualan menggalakkan sempena temasya sukan di negara itu.
Kilang yang menghasilkan patung mainan itu juga dikatakan tidak menang tangan untuk berusaha mengeluarkan produk tersebut.
Aspek kualiti menjadi keutamaan mereka bagi memastikan keluaran produk menepati kriteria yang ditetapkan.
Penelitian terhadap penghasilan patung mainan itu juga perlu menjalani beberapa proses kualiti sebelum ia dipasarkan.
#Sukan Olimpik Musim Sejuk #maskot #Bing Dwen Dwen #jualan