awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM, AGC teliti kaedah tangani pelanggaran undang-undang isu 3R - KPN
Google tamat sokongan Chrome untuk macOS 12 mulai pertengahan 2026
Malawi isytihar wabak polio selepas virus cVDPV2 dikesan di Blantyre
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olimpik Paris 2024: Ashley akhiri saingan golf wanita di kedudukan ke-55

Bernama
Bernama
10/08/2024
23:15 MYT
Olimpik Paris 2024: Ashley akhiri saingan golf wanita di kedudukan ke-55
Pemain berusia 24 tahun berkenaan membuat pukulan keseluruhan 18 atas par 306. - Foto AP
PARIS: Pemain golf profesional negara Ashley Lau menamatkan saingan di kedudukan ke-55 daripada 60 peserta dalam acara individu wanita pada Sukan Olimpik Paris 2024 hari ini.
Pada saingan yang berlangsung di Le Golf National itu, pemain berusia 24 tahun berkenaan berkongsi kedudukan dengan Sara Kouskova dari Republik Czech selepas kedua-dua mereka membuat pukulan keseluruhan 18 atas par 306.
Terdahulu, Ashley melakukan enam atas par 78 pada pusingan keempat itu.
Beliau mencatatkan lima bogey masing-masing pada lubang satu, sembilan, ke-11, ke-12 dan ke-15 selain sembilan pukulan di par empat pada lubang ke-13.
Lydia Ko dari New Zealand meraih emas selepas mengumpul keseluruhan 10 bawah par 278 manakala pemain Jerman, Esther Henseleit meraih perak dengan lapan bawah par 280.
Pingat gangsa pula dimenangi Xiyu Lin dari China yang merekodkan tujuh bawah par 281.
-- BERNAMA
Ikuti perkembangan terkini atlet Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 di sini
Topic Berkaitan
#Sukan Olimpik Paris 2024
#Ashley Lau
#acara individu wanita
#Le Golf National
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan