awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olimpik Paris 2024: Atlet renang Australia tarik diri selepas positif COVID-19

Agensi
Agensi
30/07/2024
09:56 MYT
Olimpik Paris 2024: Atlet renang Australia tarik diri selepas positif COVID-19
Atlet renang Australia Lani Pallister terpaksa menarik diri dari acara bebas 1,500 meter selepas positif COVID-19, menurut pasukan negara itu pada Selasa. - Foto X @AUSOlympicTeam
PARIS: Atlet renang Australia Lani Pallister terpaksa menarik diri dari acara bebas 1,500 meter selepas positif COVID-19, menurut pasukan negara itu pada Selasa.
Menurut jurucakap skuad Australia, keputusan itu dibuat untuk Pallister berehat bagi 4x200 renang bebas beganti-ganti.
Saringan untuk acara 1,500m bermula pada pagi Selasa di La Defense Arena.
Pallister meraih gangsa dalam 1,500m gaya bebas pada Kejohanan Dunia 2022 di Budapest serta merupakan ahli pasukan gaya bebas 4x200m Australia yang memenangi gelaran dunia di Fukuoka tahun lepas.
Dia turut menyertai acara gaya bebas 800m di Paris yang bermula Jumaat.
Sebelum ini, perenang Britain Adam Peaty juga disahkan positif COVID-19 pada Isnin lalu, beberapa jam selepas terlepas pingat emas ketiga berturut-turut dalam acara 100m kuak dada lelaki.
Beberapa pemain polo air wanita Australia turut diuji positif COVID-19 pada hari-hari menjelang upacara pembukaan, memaksa mereka untuk mengasingkan diri daripada ahli pasukan yang lain.
Topic Berkaitan
#Lani Pallister
#atlet renang Australia
#olimpik paris 2024
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan