awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olimpik Paris 2024: Duplantis pecah rekod dunia, raih emas lompat bergalah

Bernama
Bernama
06/08/2024
01:15 MYT
Olimpik Paris 2024: Duplantis pecah rekod dunia, raih emas lompat bergalah
Duplantis, 24, melepasi ketinggian 6.25 meter (m) pada percubaan ketiga dan terakhirnya, mengatasi rekod terdahulu 6.24m yang dicatatkan pada April lepas.
PARIS: Armand Duplantis dari Sweden memecahkan rekod dunianya sendiri untuk mempertahankan gelaran lompat bergalah di Sukan Olimpik Paris pada Isnin.
Duplantis, 24, melepasi ketinggian 6.25 meter (m) pada percubaan ketiga dan terakhirnya, mengatasi rekod terdahulu 6.24m yang dicatatkan pada April lepas, lapor Xinhua.
Atlet Amerika Syarikat (AS), Sam Kendricks meraih pingat perak manakala Emmanouil Karalis dari Greece memenangi gangsa.
Duplantis juara dunia dua kali yang telah memecahkan rekod dunia sebanyak sembilan kali adalah lelaki pertama sejak Bob Richards dari AS melakukannya pada 1952-1956 untuk gelaran lompat tinggi Olimpik berturut-turut.
Beliau berkata sokongan penonton telah memberi dorongan kepadanya ketika dia cuba memecahkan rekod dunianya ketika pingat emas sudah pun dalam genggaman.
-- BERNAMA
Ikuti perkembangan terkini atlet Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 di sini
Topic Berkaitan
#Sukan Olimpik Paris 2024
#Armand Duplantis
#pecah rekod dunia
#lompat bergalah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan