awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM, AGC teliti kaedah tangani pelanggaran undang-undang isu 3R - KPN
Google tamat sokongan Chrome untuk macOS 12 mulai pertengahan 2026
Malawi isytihar wabak polio selepas virus cVDPV2 dikesan di Blantyre
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olimpik Paris 2024: Sepanyol tumbangkan Perancis 5-3, akhiri penantian 32 tahun

Bernama
Bernama
10/08/2024
02:20 MYT
Olimpik Paris 2024: Sepanyol tumbangkan Perancis 5-3, akhiri penantian 32 tahun
Kemenangan ini menambah kejayaan Sepanyol yang baru sahaja memenangi kejuaraan Eropah. - Foto X/UEFA
PARIS: Sepanyol berjaya menewaskan tuan rumah, Perancis 5-3 pada masa tambahan untuk memenangi pingat emas dalam acara bola sepak di Sukan Olimpik Paris.
Kemenangan ini menambah kejayaan Sepanyol yang baru sahaja memenangi kejuaraan Eropah, manakala Real Madrid pula merangkul gelaran Liga Juara-Juara sekali lagi.
Fermin Lopez dari Barcelona menjaringkan dua gol penting, sementara Sergio Camello menambah dua lagi gol dalam masa tambahan, memastikan Sepanyol memenangi emas Olimpik buat kali kedua sejak 1992.
Perancis yang menurunkan pemain berpengalaman seperti Alexandre Lacazette dan Jean-Philippe Mateta, mendahului awal permainan menerusi jaringan Enzo Millot pada minit ke-11.
Namun, Sepanyol kembali bangkit selepas Lopez menyamakan kedudukan pada minit ke-18 dan menambah gol kedua tujuh minit kemudian.
Sepakan percuma Alex Baena pada minit ke-28 menjadikan Sepanyol berada di kedudukan selesa 3-1.
Perancis berjaya merapatkan jurang menerusi Maghnes Akliouche pada minit ke-79, sebelum Mateta menyamakan kedudukan 3-3 melalui penalti pada masa kecederaan.
Pada masa tambahan, Camello menjadi wira apabila menjaringkan gol pada minit ke-100, sebelum menambah satu lagi gol di penghujung perlawanan untuk memastikan kemenangan Sepanyol.
-- BERNAMA
Ikuti perkembangan terkini atlet Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 di sini
Topic Berkaitan
#Sukan Olimpik Paris 2024
#bola sepak
#pingat emas
#Sergio Camello
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan