KUALA LUMPUR: Penonton antarabangsa disekat daripada masuk ke Jepun untuk menyaksikan Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Tokyo yang masing-masing dijadualkan berlangsung pada bulan Julai dan Ogos ini, disebabkan wabak COVID-19 yang masih melanda di seluruh dunia.
Tiket-tiket Sukan Olimpik dan Paralimpik yang dibeli oleh penduduk luar negara daripada Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020 akan dikembalikan, menurut Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).
"Sebagaimana semua peminat Olimpik di seluruh dunia, kami juga kecewa, dan pastinya begitu juga rakan atlet serta kaum keluarga mereka, yang sudah lama merancang untuk menyaksikan temasya sukan berkenaan secara dekat.
"Untuk itu, kami amat memohon maaf, kita tahu ini adalah pengorbanan besar bagi semua orang. Kami telah mengatakan sejak awal pandemik lagi, bahawa ia akan memerlukan pengorbanan," kata Presiden IOC Thomas Bach dalam satu kenyataan.
Terdahulu dalam perjumpaan lima pihak hari ini, IOC dan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) dimaklumkan oleh pihak Jepun mengenai kesimpulan mereka berhubung sekatan terhadap penonton luar negara pada kedua-dua temasya sukan itu.
Keputusan berkenaan diambil atas alasan keselamatan setiap peserta serta rakyat Jepun; dan IOC serta IPC menghormati keputusan itu.
"Kami juga mengatakan bahawa prinsip pertama adalah keselamatan. Setiap keputusan yang diambil perlu terlebih dahulu menghormati prinsip keselamatan. Saya tahu bahawa negara Jepun dan negara rakan tidak membuat kesimpulan ini dengan sewenang-wenangnya.
"Bersama mereka, keutamaan tertinggi IOC adalah kekal untuk menganjurkan Sukan Olimpik dan Paralimpik yang selamat untuk semua," tambahnya.
Sukan Olimpik Tokyo ditangguhkan tahun lepas disebabkan oleh pandemik, dan dijadualkan berlangsung pada 23 Julai ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 20 2021
Tiket-tiket Sukan Olimpik dan Paralimpik yang dibeli oleh penduduk luar negara daripada Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020 akan dikembalikan. - Gambar/ Reuters
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Penampilan kelima di Olimpik bukan sekadar melengkapkan penyertaan - Azizulhasni
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bakal menjadi atlet lelaki pertama Malaysia beraksi di lima Sukan Olimpik berturut-turut.
Olimpik: Kem badminton berlatih di Paris, skuad berbasikal di Mallorca
Skuad badminton kebangsaan bakal berkampung selama 10 hari di wilayah Aire Sur La Lys, Perancis dari 10 hingga 20 Julai ini.
Nur Aisyah pelumba lebuh raya wanita pertama ke Olimpik
Nur Aisyah Mohamad Zubir menjadi pelumba berbasikal lebuh raya wanita pertama beraksi di pentas Olimpik selepas Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menghadiahkannya slot ke Paris 2024.
Para Asia: Permulaan meyakinkan empat wakil badminton negara
Kesemua empat wakil perseorangan lelaki badminton negara membuka tirai kempen Sukan Para Asia Hangzhou 2022 di China dengan langkah kanan selepas menumpaskan lawan masing-masing pada hari pertama.
Sukan skuasy dipertandingkan di Olimpik 2028
Skuasy bakal dipertandingkan di pentas Sukan Olimpik 2028 (LA28) selepas mendapat kelulusan Lembaga Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dalam satu mesyuarat yang berlangsung di Mumbai.
Setelah cemerlang di Sukan Asia, AoV intai pentas Olimpik
Pasukan e-sukan Malaysia Arena of Valor (AoV) berharap acara e-sukan akan dipertandingkan di pentas Olimpik pada masa akan datang.
'Alhamdulillah... Allah selamatkan saya' - Azizulhasni
Datuk Azizulhasni Awang berdepan detik cemas apabila terbabit dalam kemalangan ketika menjalani sesi latihan di Velodrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan pagi tadi.
Choon Hann teruja untuk mula bimbing Hong Kong
Bekas Pengarah Kejurulatihan Pemain Perseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Wong Choong Hann teruja untuk meneruskan karier kejurulatihannya di Hong Kong, minggu hadapan.
Sukan SEA 2023: Saiful Bahri Musmin sumbang pingat emas keenam
Atlet petanque Saiful Bahri Musmin menyumbangkan pingat emas keenam buat negara dalam acara singles lelaki pada Sukan SEA 2023 hari ini.
Projek RTG: Pandelela harap khidmat sokongan disediakan semula
Ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong berharap agar projek 'Road To Gold' (RTG) memberi fokus kepada menyediakan semula khidmat sokongan lebih konsisten kepada atlet kebangsaan.