awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olimpok Paris 2024: Azizulhasni hanya senyap, dia masih terkejut - John Beasley

Astro Arena
Astro Arena
10/08/2024
22:15 MYT
Olimpok Paris 2024: Azizulhasni hanya senyap, dia masih terkejut - John Beasley
Reaksi Azizulhasni selepas tidak layak dalam acara basikal trek keirin lelaki pusingan pertama di Saint-Quentin-en-Yvelines National Velodrome. - Foto BERNAMA
DATUK Azizulhasni Awang hanya senyap dan masih terkejut selepas dibatalkan penyertaan dalam pusingan pertama acara keirin Sukan Olimpik Paris 2024 di Velodrom Nasional Perancis pada Sabtu.
The Pocket Rocketman dibatalkan penyertaan gara-gara memotong terlalu awal sebelum derny keluar sepenuhnya daripada trek, sekali gus menyaksikan perjuangannya berakhir.
Perkara itu meruntun jiwa seluruh rakyat Malaysia dan ketua jurulatih skuad negara, John Beasly, berkata Azizulhasni merupakan individu paling terkesan dengan keadaan itu.
Dalam satu temu bual bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Beasley berkata: "Dia amat senyap, dia masih terkejut.
"Saya fikir ia terlalu menyedihkannya. Ia terlalu sukar untuk diterima. Ia pasti berbeza jika anda dapat berlumba tetapi anda tidak dapat.
"Jadi, bagi saya, dia dalam keadaan terkejut, sama seperti kita semua.
"Tetapi pada akhirnya, dia yang terkesan paling teruk kerana ini kariernya.
"Bagi saya, saya dapat rasa apa yang dia rasakan. Saya akan sentiasa berada di sisinya.
"Tidak banyak yang kita boleh lakukan," katanya. - Stadium Astro
Ikuti perkembangan terkini atlet Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 di sini
Topic Berkaitan
#Sukan Olimpik Paris 2024
#Azizulhasni Awang
#dibatalkan penyertaan
#John Beasly
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan