SUKAN
Onana belum mahu kibar bendera putih
Onana dilaporkan mahu membuktikan dirinya bukan pembelian gagal dan yakin kemampuannya masih layak untuk mengisi posisi nombor satu di Old Trafford. - Foto Trabzonspor
ANDRE Onana dilaporkan berhasrat kembali ke Manchester United musim depan bagi merebut semula posisi penjaga gol utama, meskipun kini dipinjamkan ke Trabzonspor.
Untuk musim 2025/2026, Onana masih berstatus sebagai pemain United, namun tempatnya diambil alih terlebih dahulu oleh Altay Bayindir sebelum Senne Lammens muncul sebagai pilihan utama baharu di bawah kendalian Ruben Amorim.
Situasi itu menyebabkan Onana jatuh ke tangga ketiga hierarki penjaga gol dan akhirnya berhijrah ke Turkiye secara pinjaman semusim.
Menurut laporan The I Paper, Onana masih belum berputus asa.
Penjaga gol Cameroon itu mahu membuktikan dirinya bukan pembelian gagal dan yakin kemampuan dimilikinya masih layak untuk mengisi posisi nombor satu di Old Trafford.
Di Trabzonspor, prestasinya dinilai memadai walaupun beberapa kali menjadi tumpuan akibat kesilapan sendiri.
Namun Onana bertekad mengekalkan aksi konsisten sehingga tamat musim sebagai modal untuk meyakinkan Amorim setibanya di Manchester nanti.
Bagaimanapun, laporan dari England menyebut masa depan Onana bersama United tetap samar.
Amorim dikatakan cenderung mengekalkan Lammens sebagai penjaga gol utama musim depan, sekali gus membuka kemungkinan Onana dilepaskan jika terdapat tawaran sesuai. - Sinar Harian